Perjalanan di dunia ini sungguh indah... Allah itu maha berkuasa,, memilih siapa dikehendaki... Pengalaman yang saya ingin kongsikan ini saya rasa sebenarnya Allah ingin memberitahu tips dan petua mengapa kami di panggil sebagai tetamuNya...
Bas KT24 yang menuju ke Mekah hanya 2 buah bas... Saya menaiki bas no 2. Mutawif yang membaca kami adalah Ustaz Dzulkarnain dan Ustaz Rahman dari Tabung Haji... Saya sebenarnya tidak mengenali siapa Ustaz Dzulkarnain, yang pastinya, Ustaz Rahman memberitahu, yang Ustaz Dzulkarnain adalah Ustaz jemputan pakej Rayhar yang terlepas bas dan menumpang bas kami untuk ke Mekah...
Subhanallah, kedua dua ustaz memberi tazkirah, berzikir, bertalbiah sepanjang perjalanan kami ke Mekah...yang saya perasan, suara Ustaz Dzulkarnain sangat merdu dan menusuk kalbu setiap kali beliau berzikir dan bertalbiah.. pada hemat saya mulanya... hebat sangat muassasah ini...
Beliau lah yang mengetuai solat berjamaah dari Masjid Bir Ali, Surau di R&R area dan tazkirah... Saya ingin berkongsi.. apa yang dikongsi oleh Ustaz Dzulkarnain ketika dalam perjalanan kami yang pasti akan saya ingat selagi saya masih hidup...
Saudara yang saya hormati,
Peringatan Pertama:
- Bayangkan.. ketika kita di Malaysia, banyak harta kita.. kereta, rumah, anak, perniagaan, perkerjaan, pangkat dan sebagainya...
- Sebelum kita berangkat menunaikan Haji... semua itu kita tinggalkan kerana Allah... semua nya..betapa susahnya planning dan pelbagai aturan yang kita buat sepanjang peninggalan harta kita. Hanya satu beg besar dan beg galas yang mengiringi kita..
- Bila sampai di Madinah.. nikmat Allah tarik lagi.. kali ini berkongsi bilik dan tandas dengan orang lain...
- Bila tuan tuan sampai di Mekah nanti, nikmat di tarik lagi.. hotel jauh dan berkongsi bilik dengan ramai lagi jemaah..
- Di Arafah nanti... tiada lagi hotel, hanya canopy kain..
- Mengapa jadi begitu.. apakah tujuan nya.. Ia adalah semata mata kerana Allah... Dunia ini adalah persinggahan... yang pasti.. bila tuan tuan mati nanti... semua itu tuan akan tinggalkan dan hanya mengharapkan keredhaan Allah...
- Kita ini adalah tetamu Allah... Tuan tuan semua adalah dhuyufurrahman... tetamu Allah yang dipilih olehnya untuk menunaikan Haji tahun ini..
- Saya ingin membawa contoh apabila tuan pergi ke rumah orang sebagai tetamunya... Jika tuan ingin ke tandas, pasti tuan akan meminta izin, jika tuan di hidangkan dengan air sirap, pasti tuan akan minum.. sedap atau tidak..
- Begitu lah di sini.. berdoalah banyak banyak... minta Izin dari Allah... dan redhalah akan pengajaran dan hikmat yang Allah bakal tunjukkan kepada tuan tuan.. Ini semua adalah sebahagian tarbiah yang istimewa yang di berikan oleh Allah.. membuktikan kekuasaanNya...
Saya masih teringat comment Ustaz Dzulkarnain mengenai perjalanan kami ke madinah.. Beliau menceritakan sepanjang beliau mengerjakan Haji, dan ketika waktu begini di mana begitu ramai jemaah mula bergerak ke Mekah, apa yang di rasai beliau semasa menaiki bas kami adalah suatu keajaiban.
- Bas kami dapat berhenti di Bir Ali dan solat berjemaah walaupun jemaah sebelum kami terpaksa berniat di dalam bas, tidak dapat turun ke Masjid dan meneruskan perjalanan ke Mekah
- Semasa kami berhenti di R&R dalam pukul 8:30pm, hanya bas kami sahaja yang ada... kosong.. tiada bas dan jemaah yang lain... Selesai urusan kami, baru lah tiba jemaah lain.
- Tiada kesesakan sepanjang perjalanan terutama ketika memasuki kota Mekah... 7 jam kami sudah sampai. sama seperti menunaikan pada musim Umrah.
No comments:
Post a Comment