Bacaan Suci Al Quran

Pengalaman Solat Saf Pertama Masjid Nabawi....Suatu yang MESTI anda cuba!

Assalamualaikum para pembaca sekalian,

Ketika berada di Madinah, semakin hari semakin ramai jemaah yang sampai dari negara masing masing. Setiap kali berada di Masjid Nabawi, pasti suasananya berubah.. Jikalau semalam saya datang awal 30 min, hari ini saya mesti datang 35 min lagi awal... jika tidak.. tempat sudah penuh.. begitulah saban hari di masjid Nabawi... Jemaah dari seluruh dunia mula tiba untuk mengerjakan haji.. di anggarkan jumlah jemaah haji tahun in akan mencecah 2 juta orang.. Masyallah...


Menghampiri saf pertama di Masjid Nabawi amat jauh sekali.. setiap kali walaupun pergi ke masjid masjid seawal 30 min sebelum masuk waktu... saf pertama pasti penuh.. seolah-olah langsung tiada ruang... Di Malaysia pula... tidak pernah terniat untuk sentiasa berada di saf pertama... mesti saf yang belakang...

KITA biasa melihat jemaah yang memenuhi saf depan ketika bersolat jemaah di masjid atau di surau, kebanyakannya terdiri daripada golongan warga emas. Kalau ada anak muda sekali pun, maka ia boleh dihitung dengan jari.

Yang muda, yang gagah bertenaga dan belia remaja santai lebih selesa bersolat di barisan saf belakang. Tahukah kita bahawa beruntungnya jika kita bersolat di saf paling hadapan kerana kita akan didoakan oleh malaikat dan mendapat ganjaran pahala besar di sisi Allah SWT.


Kemudian Rasulullah SAW juga mengatakan bahawa jika manusia mengetahui fadilat bersolat di saf hadapan, nescaya mereka berebut-rebut untuk mendapatkan tempat. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian untuk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Jadi, seharusnyalah kita sebagai umat Islam bermotivasi untuk berada di saf depan ketika melaksanakan solat berjemaah. Sekarang marilah kita secara jujur meninjau keadaan di masjid dan surau ketika ini yang menunjukkan betapa ramai di kalangan kita sudah tidak menghiraukan akan pesanan Nabi kita agar mengambil peluang untuk berada di saf depan.

Sewaktu pertemuan dengan Prof Kamil di hotel, beliau sering bertanya... pernahkan tuan tuan sembahyang di saf pertama di masjid Nabawi.. seperti para sahabat Nabi? Ambil lah peluang ini untuk merasa pengalaman solat saf pertama seperti para sahabat...

Bayangkan tuan tuan... ada 2 juta jemaah..manakah mungkin dapat solat saf pertama? Keadaan sentiasa penuh...

Allah itu maha berkuasa dan maha mendengar... Suatu hari, saya pergi ke Masjid seawal 9 pagi untuk melawat makam baginda Rasullulah... Alhamdullilah, terdapat satu ruang di saf pertama! 4 jam awal!


Antara pengalaman hebat solat di saf pertama di Madinah:

  • Masa boleh digunakan untuk beriktikaf dan membaca Al Quran yang pahala 1000 kali lebih baik dari masjid lain kecuali masjidilharam
  • Tempoh lama masa menunggu untuk solat menjadikan anda sayang untuk meninggalkan tempat anda di saf pertama. Tidak pernah saya buat dan rasa pengalaman ini.
  • Jemaahnya dalam saf begitu rapat antara tumit dan bahu. Saya sering mendengar imam di malaysia apabila selalu mengingatkan jemaah untuk rapatkan bahu.. tetapi tidak pernah merasainya... berada di saf belakang di Masjid Nabawi pun tidak dapat merasainya.
  • Selesai sahaja solat, dapat melawat makam Nabi Muhammad SAW.. setiap hari... selepas solat.
  • Dapat melihat imam apabila di saf pertama.. bukan setakat mendengar bacaan nya...
  • Apabila pulang ke Malaysia, saya berasa syukur sangat kerana di Malaysia, amat mudah untuk berada di saf pertama! Begitu hebat sekali pendidikan yang Allah berikan kepada saya untuk merasai pengalaman ini... Subhanallah!

Dalam keadaan dewasa ini, kita terpaksa akui bahawa kebanyakan daripada kita sudah tidak mementingkan kelebihan berada di saf depan ketika menunaikan solat. Apa yang penting, asalkan solat berjemaah saja?

Marilah kita ghairah untuk merebut tempat di saf pertama setiap kali mendirikan solat berjemaah. Tanamkan azam yang mantap supaya kita tidak ketinggalan saf itu. Untuk menjayakan visi itu maka hendaklah kita segera ke masjid untuk solat berjemaah.

No comments:

Post a Comment

More tips and stories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...