Bacaan Suci Al Quran

Showing posts with label masjid nabawi. Show all posts
Showing posts with label masjid nabawi. Show all posts

Manusia Paling Mulia, Nabi Muhammad SAW..

Assalamualaikum,

Sebelum saya meneruskan menceritakan pengalaman hebat ketika menunaikan Haji, kebetulan pula hari ini, Malaysia cuti menyambut peringatan  Nabi kita, 12 Rabiul Awal , hari wafatnya  Nabi dan Rasul yang membawa rahmat terhadap semua manusia.


Persoalannya yang selalu kita tanya adalah, bagaimana kita hendak menyambut hari peristiwa ini? 

 Adakah dengan berarak sambil berselawat yang selalu kita lihat... Sebenarnya, yang terbaik adalah .. jika kita sayang kepada Nabi Muhammad, kita mestilah istiqamah untuk mengikuti segala sunnah Baginda dan ajaran Al Quran.. Bukan hari ini sahaja... Setiap hari... Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberi kekuatan kepada tuan tuan dan saya sendiri...


Suatu pengalaman di Madinah ketika mengunjungi Raudhah, tempat yang istimewa di Masjid Nabawi... tempatnya tidak besar.. di tanda dengan carpet hijau...sentiasa penuh dengan jemaah yang berdoa dan menunaikan solat sunat.

Tips saya mudah, sentiasa berdoa kepada Allah semoga diberi peluang untuk bersolat di dalam Raudhah... bagi saya waktu yang paling seronok pergi adalah dalam pukul 2am atau masa bermula waktu Dhuha.. Insyallah dengan Izinnya, tuan diberi peluang untuk berada di Raudhah. Banyakkan bersabar...

7 Sunnah Harian Nabi Muhammad SAW:

1. Dirikanlah Solat Tahajjud
2. Bacalah Al Quran
3. Solat Berjamaah di Masjid
4. Dirikan lah Solat Dhuha
5. Perbanyakkan Sedekah
6. Menjaga Wuduk
7. Banyakkan Berzikir dan Beristighfar...










Rahsia Tingkat 2 Masjid Nabawi...Pemandangan Indah di Madinah...

Assalamualaikum para pembaca sekalian,

Hari ini masuk hari ke 7 kami berada di bumi Madinah... Besok kami akan berangkat ke kota suci Mekah... tempat yang paling mulia di dunia... Subhanallah...

Hari ini, banyak masa di habiskan di Masjid, raudhah, membaca al Quran, melawat makan Nabi Muhammad.. entah bila lagi kami akan kembali ke sini...

Sepanjang berada di Masjid Nabawi, saya perasan, kubahnya sering bergerak sendiri terutama waktu hujan, pagi dan malam... Rasa curiga di hati, ingin melihat di mana kubah ini dan pergerakkannya.

Selepas solat subuh, saya berjalan ke kanan masjid sehingga ke hujung. Saya terlihat segolongan jemaah menaiki escalator naik ke atas tingkat 2. Tergerak di hati untuk melihat ke mana perginya jemaah ini.

Subhanallah, sungguh indah ciptaan Allah... pemandangan yang cukup hebat apabila berada di atas masjid Nabawi.. tidak pernah saya sampai di sini... 



Di atas ini, sama seperti layanan di bawah, ada karpet, air zam zam , Al Quran dan sebagainya... Saya berada di sini sehingga terbit fajar.. menanti matahari naik.. sungguh indah perjalanan malam dan siang mengikut aturannya.. perlahan -lahan suasana bertukar..



Bahagian atas masjid Nawawi adalah open area dan tiada atap... Namun ada suatu tempat di tengah tengah masjid ada lindungan yang bergerak secara automatic apabila panas.


Apabila matahari sudah terbit, apabila saya selesai menunaikan solat Dhuha, petugas Masjid Nabawi mula menggulung karpet dan membersihkan ruangan atas Masjid Nabawi.




Saya syorkan ambil lah peluang ini untuk melihat keindahan kota Madinah dari atas Masjid Nabawi ketika anda berada disana. Namun, tingkat ini hanya limited untuk kaum lelaki sahaja.. Gunakan lah peluang ini.. Insyallah...



Pengalaman Solat Saf Pertama Masjid Nabawi....Suatu yang MESTI anda cuba!

Assalamualaikum para pembaca sekalian,

Ketika berada di Madinah, semakin hari semakin ramai jemaah yang sampai dari negara masing masing. Setiap kali berada di Masjid Nabawi, pasti suasananya berubah.. Jikalau semalam saya datang awal 30 min, hari ini saya mesti datang 35 min lagi awal... jika tidak.. tempat sudah penuh.. begitulah saban hari di masjid Nabawi... Jemaah dari seluruh dunia mula tiba untuk mengerjakan haji.. di anggarkan jumlah jemaah haji tahun in akan mencecah 2 juta orang.. Masyallah...


Menghampiri saf pertama di Masjid Nabawi amat jauh sekali.. setiap kali walaupun pergi ke masjid masjid seawal 30 min sebelum masuk waktu... saf pertama pasti penuh.. seolah-olah langsung tiada ruang... Di Malaysia pula... tidak pernah terniat untuk sentiasa berada di saf pertama... mesti saf yang belakang...

KITA biasa melihat jemaah yang memenuhi saf depan ketika bersolat jemaah di masjid atau di surau, kebanyakannya terdiri daripada golongan warga emas. Kalau ada anak muda sekali pun, maka ia boleh dihitung dengan jari.

Yang muda, yang gagah bertenaga dan belia remaja santai lebih selesa bersolat di barisan saf belakang. Tahukah kita bahawa beruntungnya jika kita bersolat di saf paling hadapan kerana kita akan didoakan oleh malaikat dan mendapat ganjaran pahala besar di sisi Allah SWT.


Kemudian Rasulullah SAW juga mengatakan bahawa jika manusia mengetahui fadilat bersolat di saf hadapan, nescaya mereka berebut-rebut untuk mendapatkan tempat. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian untuk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Jadi, seharusnyalah kita sebagai umat Islam bermotivasi untuk berada di saf depan ketika melaksanakan solat berjemaah. Sekarang marilah kita secara jujur meninjau keadaan di masjid dan surau ketika ini yang menunjukkan betapa ramai di kalangan kita sudah tidak menghiraukan akan pesanan Nabi kita agar mengambil peluang untuk berada di saf depan.

Sewaktu pertemuan dengan Prof Kamil di hotel, beliau sering bertanya... pernahkan tuan tuan sembahyang di saf pertama di masjid Nabawi.. seperti para sahabat Nabi? Ambil lah peluang ini untuk merasa pengalaman solat saf pertama seperti para sahabat...

Bayangkan tuan tuan... ada 2 juta jemaah..manakah mungkin dapat solat saf pertama? Keadaan sentiasa penuh...

Allah itu maha berkuasa dan maha mendengar... Suatu hari, saya pergi ke Masjid seawal 9 pagi untuk melawat makam baginda Rasullulah... Alhamdullilah, terdapat satu ruang di saf pertama! 4 jam awal!


Antara pengalaman hebat solat di saf pertama di Madinah:

  • Masa boleh digunakan untuk beriktikaf dan membaca Al Quran yang pahala 1000 kali lebih baik dari masjid lain kecuali masjidilharam
  • Tempoh lama masa menunggu untuk solat menjadikan anda sayang untuk meninggalkan tempat anda di saf pertama. Tidak pernah saya buat dan rasa pengalaman ini.
  • Jemaahnya dalam saf begitu rapat antara tumit dan bahu. Saya sering mendengar imam di malaysia apabila selalu mengingatkan jemaah untuk rapatkan bahu.. tetapi tidak pernah merasainya... berada di saf belakang di Masjid Nabawi pun tidak dapat merasainya.
  • Selesai sahaja solat, dapat melawat makam Nabi Muhammad SAW.. setiap hari... selepas solat.
  • Dapat melihat imam apabila di saf pertama.. bukan setakat mendengar bacaan nya...
  • Apabila pulang ke Malaysia, saya berasa syukur sangat kerana di Malaysia, amat mudah untuk berada di saf pertama! Begitu hebat sekali pendidikan yang Allah berikan kepada saya untuk merasai pengalaman ini... Subhanallah!

Dalam keadaan dewasa ini, kita terpaksa akui bahawa kebanyakan daripada kita sudah tidak mementingkan kelebihan berada di saf depan ketika menunaikan solat. Apa yang penting, asalkan solat berjemaah saja?

Marilah kita ghairah untuk merebut tempat di saf pertama setiap kali mendirikan solat berjemaah. Tanamkan azam yang mantap supaya kita tidak ketinggalan saf itu. Untuk menjayakan visi itu maka hendaklah kita segera ke masjid untuk solat berjemaah.

Azan subuh 2 kali... Cabaran Bangun Awal Pagi.. Malaysian Style...

Assalamuailaikum para pembaca sekalian,

Hari ini sudah masuk hari ke 4 di Madinah... 4 hari lagi kami akan berangkat ke Mekah.. Alhamdullilah, sejak tiba di Madinah, kami belum pernah lagi miss sembahyang 5 waktu berjemaah.. Insyallah 41 waktu...Pahalanya besar.. 1000 kali lebih baik daripada masjid lain...

Namun cabaran kami di sana adalah untuk bangun pagi bertahajud dan beribadat di Masjid Nabawi... Ini kerana amalan kami di Malaysia.. jelas tidur sehingga azan subuh... tidak pernah practice untuk bangun awal kecuali ada urusan kerja yang penting.. kalau tiada.. pasti lena sampai ke Subuh...



Masih lagi saya ingat ketika malam pertama di Madinah... Azan subuh pertama pada pukul 4am... hampir hampir melakukan solat Subuh.... rupanya di Madinah dan Mekah.. memang amalan mereka di sana untuk melaungkan azan 2 kali.. kali pertama untuk memberi peringatan masa subuh sudah hampir dan azan kali kedua menandakan sudah masuk waktu sembahyang...

Alhamdullillah, rakan jemaah bilik saya, Hj Zul rajin dan bangun awal pagi.. kalau dia terlepas.... semua terlepas... begitulah... seharian hidup kami selama 8 hari di Madinah...


Kami bersyukur kerana di pilih untuk pergi ke Madinah terlebih dahulu.. Allah itu maha mengetahui kelemahan umatnya... disusun perjalanan kami... di beri masa kepada kami untuk memperbetulkan yang biasa dan membiasakan apa yang betul.... Subhanallah... Inikah layanan tetamu Allah? Adakah ini ertinya... Sungguh hebat tarbiyah dan aturannya...

Teringat kata kata petugas tabung haji.. semua yang berlaku adalah aturan Allah.. kita hanyalah asbabnya...kenapa kita dipilih.. kenapa kita diberi ujian.. kenapa kita di beri kesenangan... semua hanya untuk mengingatkan kita kepada nya.. sesungguhnya kita adalah manusia insan yang amat lemah... Oleh itu.. selalu bersyukur dan minta ampun kepada Allah.. dan masa yang terbaik adalah 1/3 malam yang terakhir.. Subhanallah..



Di Madinah.. ramai orang yang bangun pagi untuk beribadat kepada Allah swt.. Seawal 2 pagi.. Masjid Nabawi sudah penuh.. Apakah yang begitu istimewa bangun pagi... tuan dengarlah penjelasan yang di beri oleh Sheikh Omar El Banna...ringkas tapi bermakna..

a. Solat Malam atau tahajjud terdapat dalam firman Allah SWT dalam surat Al-Isra ayat 79, “Dan pada sebagian malam hari, shalat tahajjudlah kamu sebagai ibadah tambahan bagimu, semoga Rabb-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji”.

b. Dalam shahih Muslim dari Abu Huraira ra dari Rasulullah SAW, Nabi ditanya, shalat apakah yang paling utama selain shalat fardhu? Beliau menjawab, shalat malam [Muttafaq ‘alaihi]

c. Orang yang membiasakan Shalat Malam adalah orang yang berbuat baik dan berhak mendapatkan kebaikan dan rahmat Allah (QS. Adz-Dzariyat, 56 : 15 – 18).

d. Orang yang membiasakan Shalat Malam termasuk golongan hamba-Nya yang berbakti “….Dan orang-orang yang melewatkan malam harinya dengan bersujud dan berdiri untuk Rabb mereka”. (QS. Al-Furqan, 25 : 63 – 64).

e. Allah SWT memberi kesaksian bahwa mereka beriman kepada ayat-ayat-Nya, “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat (Kami) mereka menyungkur sujud dan bertasbih memuji Rabb-Nya sedang mereka tidak menyombongkan diri. Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya…” (QS. As-Sajdah, 32 : 15 – 17)




Air Zam Zam ... Air yang penuh keberkatan...Doa Air Zam Zam...

Assalamuailaikum para pembaca sekalian,

Semoga tuan dan puan dirahmati Allah pada hari ini.. Amin.

Ketika mula mula melangkah masuk ke Masjid Nabawi, suasana dan persekitaran sungguh menakjubkan dan memberi ketenangan kepada jiwa... Bentuk masjidnya, suasana dingin air cond, penuh dengan quran setiap tiang masjid, orang berzikir, bersembahyang dan membaca quran seolah oleh, kami berasa di tempat yang amat istimewa... masjid sentiasa penuh.. sentiasa penuh....


Suatu yang lama sudah kami idamkan... berada di depan mata... untuk merasa nikmat air zam zam.... subhanallah... air yang tidak pernah kering.. air yang berjuta juta manusia minum dari zaman Nabi Ismail sehingga hari ini...air yang paling mulia di padang pasir...


Tempat air zam zam di dalam masjid Nabawi amat mudah dicari... sentiasa tersusun rapi di tepi ruang perjalanan utama...kami menghampiri bekas air zam zam, duduk dan mula mengambil cawan plastik yang disediakan... tekan button air... dan keluar lah air zam zam yang begitu jernih dan sejuk... Masyallah... sungguh beruntung bagi mereka yang selalu ke masjid Nabawi...

Pihak Saudi Arabia tidak pernah mengenakan caj dan bayaran bagi mereka yang minum air ini.. begitu istimewa... Air yang sama di Mekah dan Madinah...

Ku mulakan dengan Al fatihah dan selawat... titisan air zam zam akhirnya dinikmati.. Alhamdullilah.. syukur kepada Allah.. rasanya sungguh sedap... memberi kesegaran...


اَللّٰهُمَّ إِنِّيْ أْسْأَلُكَ عِلْمً نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفَآءً مِنْ كُلِّ دَآءٍ وَسَقَمٍ بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

Allahumma innii as aluka ‘ilman naafi’an wa rizqan waasi’an wasyifaa an min kulli daa in wasaqamin birahmatika yaa arhamarraahimiin.

Ya Allah, aku mohon kepadaMu ilmu pengetahuan yang bermanfaat, rezeki yang luas dan sembuh dari segala sakit dan penyakit pikun dengan rahmatMu ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Baca dan hafal doa ini tuan/puan.. Insyallah 40 hari saudara dan saudari minum air zam zam, hati kita akan mencari bersih...

Tip 9: Cara Order Air Zam Zam terus dari Madinah dan Mekah tanpa orang tengah.. Penghantaran terus ke rumah...

Imam At-Tirmizi, salah seorang dari enam tokoh hadis yang terulung di dunia berkata:

“Orang yang meminum air Zam-zam itu:

  • Jika dia minum untuk kenyang, maka Allah سبحانه وتعالى akan mengenyangkannya.
  • Jika dia minum untuk minuman, maka Allah سبحانه وتعالىmemberinya minuman.
  • Jika dia minum untuk sembuh dari penyakit, maka Allah سبحانه وتعالىakan menyembuhkannya dari penyakit.
  • Jika dia minum kerana akhlaknya yang buruk, maka Allah سبحانه وتعالىakan mengelokkan akhlaknya.
  • Jika dia minum untuk menghilangkan kegelapan hatinya, maka Allah سبحانه وتعالىakan menghilangkannya.
  • Jika dia minum untuk mengkayakan hatinya, maka Allah سبحانه وتعالىakan mengkayakannya.
  • Jika dia minum kerana sesuatu hajat, maka Allah سبحانه وتعالىakan memakbulkannya.
  • Jika dia minum kerana sesuatu musibah yang menimpa, maka Allah سبحانه وتعالىmelindunginya.
  • Jika dia minum kerana kesusahan yang menimpa, maka Allah سبحانه وتعالىakan menghilangkan kesusahannya.
  • Dan jika dia minum kerana memohon bantuan, maka Allah سبحانه وتعالىakan membantunya.”

Demikianlah kata Imam At-Tirmizi yang dipetik dari kitab ‘Mukjizat Perubatan Dengan Air Zam Zam’ karangan Sheikh Majdi Fathi Al-Sayyid Ibrahim.




Pengajaran Allah yang Pertama... Setiap waktu ada Insan yang Mati.... Sembahyang Jenazah....

Assalamualaikum para pembaca sekalian,

Alhamdullilah, saya dan isteri kini sembahyang berjemaah setiap waktu di Masjid Nabawi... Suatu yang menarik masjid Nabawi... setiap waktu pasti ada sembahyang jenazah... setiap waktu... Innallilahi waninna lilla hi rajiun.

Anda semua pandai sembahyang Jenazah? Saya jarang jarang sembahyang jenazah di Malaysia... kalau sembahyang sembahyang pun bila ada kematian saudara mara dan sahabat ... tidak lebih dari itu....

Suasana di masjid Nabawi sungguh berbeza... setiap orang berebut rebut sembahyang jenazah.. selesai sahaja imam memberi salam.. semua jemaah tidak bergerak menanti tanda isyarat untuk sembahyang jenazah... Seolah olah menanti saat kematian masing masing.. tiada siapa tahu siapa seterusnya yang akan di sembahyang kan...

Saya sering di Malaysia mendengar ayat.. 'Sembahyanglah kamu sebelum kamu di sembahyangkan"... Di Malaysia.. ianya tidak begitu terasa impaknya... Di sini... beribu orang sembahyang jenazah...

Ya Allah, apakah pengajarannya? Sesungguhnya cara penciptanya mengajar amat halus dan pandai.... bagi mereka yang befikir atas setiap sebab peristiwa itu berlaku..Ia memberi peluang kepadaku untuk berfikir dan mencari jawapan mengapa begitu hebatnya peristiwa ini...di beri peringatan setiap kali selesai solat waktu... Sungguh hebat pencipta alam ini....

Setiap nafas dihembus.. sebenarnya semakin kita menghampiri mati... Di Malaysia, kita lalai mengejar erti keduniaan.. disini.. berbeza sekali.. semuanya mengejar saham akhirat, setiap waktu, setiap saat.. pasti ada yang mengalirkan air mata mengenangkan dosa dosa kita yang lampau.....

Selama 36 tahun.. berapa kalikan sudah ku bertaubat, sembahyang lengkap 5 waktu berjemaah,... mengeluarkan zakat, berpuasa... dan berapa kali kah kita berasa hebat atas perbuatan kita? Masyallah..

Apabila melihat mayat di sembahyangkan di bilik khas di Masjid Nabawi, dan di usung ke perkuburan baqi.. setiap waktu... persoalan...

Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi mati?

Apabila direnung dengan amalan ku sepanjang 36 tahun... Masyallah... aku masih belum bersedia.. sungguh lalai aku di muka bumi yang sementara ini... Persoalan itu ditujukan kepada ku ketika berjumpa dengan Prof Mohd Kamil di Madinah... Soalan yang senang , tepati cukup sukar untuk aku menjawap kerana aku tidak bersedia...

Sungguh aku bersyukur kepada Allah kerana menjemputku sebagai tetamu nya pada usia yang muda ini...

Rakan rakan sekalian... fikir fikir kan la... adakah anda sudah bersedia sekiranya dipanggil untuk mengadap Allah besok?




Di manakah Makam Rasullulah...Lawatan ke Masjid Nabawi, Raudhah dan Pekuburan Baqi...

Assalamuailaikum para pembaca,

Hari ke 2 di Madinah di atur oleh tabung haji untuk melawat Masjid Nabawi, Raudhah dan pekuburan Baqi. Kumpulan kami KT24 bersama sama petugas tabung haji berkumpul di lobi hotel Anwar Movenpick untuk berjalan bersama-sama ke masjid.

Taklimat ringkas di beri oleh Ustaz. Orangnya sederhana, mengajar di sekolah di Seremban dan kali pertama menjadi petugas tabung haji di Madinah.






Saya masih lagi teringat peristiwa ketika semua jemaah sudah berkumpul dan Ustaz memberi penerangan. Oleh kerana kawasan yang lapang, dan hanya memakai "heller", jemaah yang dibelakang tidak berapa dengar apa yang disampaikan. Saya bergerak ke hadapan untuk mendengar dengan lebih jelas...

Tiba tiba ada seorang pakcik ni datang dari belakang dan mula memarahi petugas tabung haji. Katanya dia tidak dengar dan corong heller tidak menghala ke arah yang betul. Siap memberi arahan kepada petugas tabung haji sambil complaint kepada jemaah disebelahnya... Ini baru hari kedua... masih lagi perangai orang Malaysia...

Selesai taklimat, kami berkumpulan menuju ke raudhah dan di beri tag Tabung Haji berwarna merah untuk senang dikenalpasti. Sampai di depan pintu Babbu Salam, Ustaz memulakan doa memuji kebesaran Allah dan meminta dipermudahkan urusan Haji kami.







Alhamdullilah, selesai sudah kami melawat makam Rasullulah dan meneruskan perjalanan ke perkuburan Baqi sebelum bersurai balik ke Hotel.






Lawatan ke Kota Madinah dan Ladang Kurma...

Assalamualaikum,

Masuk hari ke 3 di Madinah, pihak Tabung Haji menyediakan lawatan ke kota Madinah dan sekitarnya. Lawatan bermula seawal 7 pagi. Jemaah KT24 yang mengikuti pakej Muassassah tidak ramai.. Hanya 80 orang sahaja... selebihnya mengikuti pakej swasta...Kumpulan kami bergerak menaiki 2 bus... di iringi oleh mutawif yang dilantik oleh tabung haji. Mereka adalah pelajar dari University Madinah. Mutawif bas kami adalah Abdul Rahman dari Kuala Lumpur..

Lawatan pertama kami adalah masjid Quba.. Masjid yang pertama dibina oleh baginda Rasulullah ketika tiba di Madinah.

Orang yang bersolat disitu mendapat pahala seperti mengerjakan umrah sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
قَالَ سَهْلُ بْنُ حُنَيْفٍ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ، ثُمَّ أَتَى مَسْجِدَ قُبَاءَ، فَصَلَّى فِيهِ صَلَاةً كَانَ لَهُ كَأَجْرِ عُمْرَةٍ.
Ertinya: Dari Sahl bin Hunaif bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah.
[HR Ibn Majah]

Setibanya di Masjid Quba, taklimat ringkas diberi oleh En AbdulRahman mengenai kelebihan masjid dan jemaah di beri peluang untuk menunaikan solat dhuha dan sunat lain. Perasaan dapat bersembahyang di Masjid pertama yang Rasullulah bina amat terharu kerana baginda sendiri yang mengangkat bahan binaan dan pengorbanan baginda. Kita masih jauh lagi.. Hendak menderma RM50 ringgit ke tabung masjid pun masih lagi berfikir 2-3 kali...



  
Setelah selesai menunaikan ibadat di Masjid Quba, bas kami menuju ke ladang Kurma milik Tabung Haji. Pelbagai jenis kurma yang di jual di sini.. Kami juga dapat melihat pokok kurma yang termasyhur.. Kurma ajwa... atau kurma nabi...



Masjid Nabawi... Masjid Nabi.... Subhanallah...



Assalamuailaikum,

Ya Allah, akhirnya aku sampai lagi di Masjid yang tercinta ini... Subhanallah, suasananya amat berlainan dibanding di Malaysia. Berduyun duyun manusia menuju ke Masjid untuk menunai solat waktu... Begitu ramai sekali manusia.. ada dari Indonesia, Nigeria, Pakistan, Turkey dan banyak lagi negara lain...

Semuanya ingin solat berjemaah... 1000 kali pahala lebih baik daripada masjid lain... mengapa di Malaysia tidak seramai ini? Masyallah, lekanya aku... lalai nya aku selama ini... suasana di Masjid Nabawi baik diluar atau di dalam seperti expo pameran yang penuh dengan manusia.. bezanya... Ini semua kerana Allah Taala..


Aku masih lagi membawa perwatakan orang Malaysia.. masuk ke masjid lambat dan duduk di saf belakang... semuanya pakistan dan Indonesia... Duduk sahaja.. di ajak pula bersembang dan berkenalan dengan jemaah pakistan dan Indonesia... habis begitu sahaja masa di dalam masjid... tanpa berbuat apa apa dan dalam fikiran ku masa tu pula ... bila pula nak makan dan balik ke hotel... Masyallah... Adakah ini haji? adakah ini yang di panggil tetamu Allah?

Selesai sahaja solat dan imam memberi salam, aku terus bangkit dan bergegas untuk pulang ke hotel. Pintu keluar penuh...Bukan aku sahaja yang hendak pulang segera... jemaah lain pun sama... semuanya beresak- esak hendak keluar dari Masjid...Pintu masjid yang besar nampak kecil...


Tip no 7: Elakkan kesesakan di Masjid Nabawi dan tempat terbaik di dalam Masjid.




Cabaran beribadat di Madinah....Malaysian Style...

Assalamualaikum,

Hari pertama, kedua dan ketiga merupakan cabaran untuk beribadat.. KT 24 adalah penerbangan yang dipertengahan musim Haji. Sudah ramai jemaah berada di kota Madinah. Penerbangan KT yang terakhir ke Madinah adalah KT 34.

Cabaran balik ke hotel setiap kali habis solat berjemaah. Boleh dikatakan hampir 30-45 minit menunggu lif hotel. Bukan kami sahaja, ramai lagi... semuanya berebut dan beratur untuk naik ke bilik masing masing.


Ada yang naik tangga ke tingkat 1 dan tunggu disana. Apabila lif tiba di ground level di lobi, sudah penuh.. kecewa lagi... Ada yang ambil lif di bahagian service berebut dengan pekerja hotel, ada yang complain ke Tabung Haji dan macam- macam.

Ada suatu peristiwa di lobby lif. Ketika itu memang ramai yang beratur diluar. Ada one group of ladies ni, bersembang di lobby lif dan salah seorang daripada mereka berkata, "Perhaps it is better to take the stairs, lagi cepat sampai".... Yang lain gelak ramai-ramai...

Ketika lif tiba, saya sempat masuk ke lif dan dalam lif tu ketika itu ada 4 jemaah. Sebaik sahaja kumpulan jemaah perempuan itu masuk, lebih kurang 3 orang, lif berbunyi, OVERLOAD!..

Dia macam tak percaya... "Cannot be!".. Saya pun tak percaya.. Lif tu senang senang boleh muat 10-12 orang. Takde la pulak orang yang besar dalam lif tu.. Maka mereka bertiga keluar dari lif dan lepas itu, saya tak berjumpa lagi mereka...

Tip no 6: Elakkan sesak ketika beratur naik lif.

Hotel Anwar Movenpick... Alhamdullilah... Nikmat di Madinah..

Assalamuailaikum,



Hotel Anwar Movenpick yang Tabung Haji sediakan di Madinah Munawarrah adalah yang terbaik. Hanya 40 meter dari masjid Nabawi, 5 star hotel dan layanan mesra tabung haji terasa bukan seperti pakej Muassasah,

Kami berdua terus ke tingkat 1 hotel, dimana terdapat facilities seperti simcard phone, kaunter kewangan, dewan makanan dan klinik. Setelah kami selesai urusan phone dan sebagainya, kami ke bilik hotel kami di tingkat 12.


 Beg beg kami di turunkan dari bas dan terus diletakkan di lobi tingkat kami.



Saya dan isteri berkongsi dengan 3 jemaah lain. Bilik di hotel amat selesa walaupun berkongsi. Rakan sebilik pula dalam lingkungan umur yang sama dan semuanya bukan dari Kuantan. Hj Fauzi dari Bangi, Hj Zul dari Kajang, dan Hj Hamid dari Johor...



Setelah berehat di bilik dan mandi, kami bersedia untuk ke Masjid Nabawi buat kali pertama untuk menunaikan solat zohor berjemaah. Sementara menanti waktu zohor masuk jam 12:15pm, kami bergegas ke tingkat satu dahulu untuk makan tengahari.

Ketika kami sampai jam 10:50am, barisan jemaah yang beratur sudah panjang. Semuanya menunggu untuk kaunter waktu makan tengaharidibuka. Terdapat dua barisan, satu barisan untuk haji, satu lagi untuk hajjah.

Pelbagai ragam yang dapat kami perhatikan, ada yang ambil banyak sekali untuk di makan di bilik, ada yang beratur di kaunter sup, ada yang ambil untuk rakan sebilik dan ada juga cubaan jemaah lelaki untuk beratur di kaunter makanan hajjah....

Alhamdullilah, makanan tabung haji yang disediakan adalah yang terbaik di Madinah... Makanan Malaysia...


Tip no 5: Langkah Pertama yang perlu anda lakukan apabila sampai di Hotel.




Kota Madinah ... Hotel Anwar Movenpick... 40m dari Masjid Nabawi...

Assalamualaikum,

Bas kami berjalan lancar ke Kota Madinah yang mengambil masa lebih kurang 30 minutes. Suasana nyaman dan cuaca yang baik memberi kami rasa penuh kesyukuran.

Namun persoalannya, di manakah hotel kami? Kami pun tidak bertanya kepada Tabung Haji. Hanya yakin yang kami adalah tetamu Allah dan redha akan perancangan yang dibuat oleh tabung haji.



Alhamdullilah, kami sampai di Hotel 5 star di Madinah... Anwar Movenpick. Kelihatan jemaah ramai yang sudah berada di lobi hotel. Kami turun dari bas dan menuju ke lobi. Kami di sambut dengan mesra oleh petugas tabung haji dan diberi taklimat ringkas mengenai hotel facilities dan juga kemudahan yang tabung haji sediakan di hotel.

Beg beg besar jemaah diturunkan dari bas dan di hantar terus ke tingkat penginapan. 

More tips and stories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...