Bacaan Suci Al Quran

Pengalaman di Komplex Tabung Haji di Kelana Jaya...

Assalamualaikum para pembaca yang budiman,

Tepat jam 4.10pm, kami berdua bersiap sedia untuk berangkat ke Kelana Jaya. Jiran - jiran telah di maklumkan, lampu auto yang menyala pada waktu malam sudah dipasang, kereta dan anak anak sudah di tinggalkan, maka seorang bilal melaungkan azan mengiringi keberangkatan kami. Amat sayu rasanya, perasaan gementar bercampur gembira amat dirasai. Maklumlah, semua anak dan harta benda di tinggalkan, apakah nasib mereka sepanjang pemergian kami? Azan dilaungkan mengiringi perjuangan kami untuk menunaikan rukun Islam yang ke lima.


Perjalanan dari Ampang ke Kelana Jaya mengambil masa lebih kurang 1 jam. Tepat jam 5.05pm, kami tiba di pekarangan Kelana Jaya. Masih tidak ramai lagi jemaah. Flight kami dijangka bertolak pada pukul 1.30am. Dianggarkan jumlah jemaah KT24 dalam 450 orang.

Semua beg dibawa turun dan di letakkan di lobi check in Kelana Jaya. Hanya Jemaah sahaja yang dibenarkan masuk. Sanak saudara tidak dibenarkan masuk ke sana.



Saya syorkan perkara dibawah apabila anda berada di Kelana Jaya. 

  • Datang awal ke Kelana Jaya. Ini adalah kerana untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dan juga anda ada masa untuk melakukan last minute adjustment sekiranya perlu.
  • Daftar bilik hotel di Komplex Haji Kelana Jaya. Bilik adalah terhad dan jemaah yang sampai lambat tidak ada tempat untuk berehat dan terpaksa berada diluar. Diluar sana, hanya tempat menunggu, tiada aircond dan kemudahan yang lain. Di sini, bilik suami dan isteri diasingkan. Pastikan ada phone untuk berkommunikasi.
  • Terdapat penjual belon di luar pagar komplex tabung haji. Kawal anak anda, ramai yang terpaksa membeli kerana anak mereka menangis yang mahukan belon dan sebagainya.
  • Makan di restoran Hotel Tabung Haji. Ianya lebih bersih dan teratur. Untuk jemaah Haji Sahaja.
  • Untuk pakej Muassassah, beg sandang akan diberikan disana. Terdapat kaunter khas untuk jemaah haji muassasah. Jemaah yang pergi dengan pakej swasta biasanya sudah diberikan beg tersebut.
  • Untuk sanak saudara yang menunggu, saya syorkan tak perlu tunggu anda lama lama di situ. Suasana panas dan rimas agak tidak sesuai untuk kanak kanak. Elok lah mereka pulang awal dan anda boleh berehat di bilik hotel.
  • Pastikan anda ada pen dan marker kerana tabung Haji akan memberi pelekat identity beg yang perlu anda isi dan tulis.
  • Sim card Saudi ada di jual di Kelana Jaya. Anda boleh membeli di sini.






Tepat jam 10.00 pm, semua jemaah dipanggil masuk untuk urusan check in dan taklimat terakhir sebelum bertolak ke KLIA. Saya dan isteri, orang yang pertama masuk, yang pertama duduk dibarisan hadapan ketika taklimat dan jemaah yang pertama dipanggil berdiri untuk diiringi laungan azan sebelum menaiki bas.

Hati terasa amat sayu apabila dikenang keadaan kami yang hanya menggunakan pakej muassasah, tetapi dilayan begitu baik dan sentiasa menjadi orang pertama dipanggil. Terasa sungguh istimewa. Apakah hikmat ini? Siapa yang aturkan ini? Sedangkan ada juga jemaah lain yang menggunakan pakej swasta yang jauh lagi mahal... Subhanallah!

Petugas tabung haji bebaris sepanjang perjalanan kami sehingga ke bas. Setiap daripada mereka mengucapan selamat jalan dan mendoa semoga mendapat haji yang mabrur. Belum pernah kami rasa diraikan sehebat ini. Biasanya, layanan ini diberi kepada Perdana Menteri.

Kami menaiki bas no 1.  Terdapat 10 buah bas kesemuanya menunggu kami. Bas kami berjalan dahulu. Tak sampai lima minit, bas kami berhenti di simpang keluar Komplex Kelana Jaya dan menunggu bas bas lain. Sementara itu, ceramah haji dimainkan di dalam bas.

Lebih kurang 30 minit berlalu, driver bas masuk dan apabila melihat kebelakang, kesemua bas sudah ada. Jam menunjukkan pukul 12:15 am. Di dalam hati, sempatkah bas ini nak sampai ke KLIA? Nak boarding lagi, nak cari gate kapal terbang lagi...

Tiba-tiba, bunyi siren police peronda. Cahaya kebiruan dan bunyi siren jelas kelihatan. Kami di escort rupanya.. Di iringi polis traffik dari mula perjalanan. Setiap lampu merah kami redah, setiap kereta berhenti, jalan di depan kami sentiasa kosong..... Hati ini terasa amat istimewa... Kami tidak pernah di beri layanan sebegini baik.. sampai ke KLIA pun diescort polis....

Bas terus meluncur laju ke KLIA. Lebih kurang 45 minit, kami tiba di KLIA airport. Tetapi bas tidak berhenti di tingkat biasa.. terus ke kapal terbang... masyallah...


Tip no 4: Persediaan barang yang perlu dibawa untuk Haji.



No comments:

Post a Comment

More tips and stories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...