Tips 11: Rahsia Perjalanan Haji dari Madinah ke Mekah. Persediaan yang perlu anda tahu.
Alhamdullilah, kita masih lagi diberi nafas untuk terus menikmati keindahan ciptaan Allah. Insyallah, kita jadikan hari ini lebih baik daripada besok...
Mulai 20 September 2013, jemaah KT1 telah mula bergerak meninggalkan kota Madinah. Jadual KT24 untuk meninggalkan kota Madinah pada 24 September 2013 jam 3 petang. Sehari sebelum berangkat, pihak tabung haji telah menghantar beg besar ke hotel penginapan di Mekah. Hanya beg kecil 5kg dibenarkan di bawa bersama sama di dalam bas.
Kami melakukan ziarah wida' pada sebelah pagi setelah selesai solat Dhuha. Semoga Nabi Muhammad sentiasa mendapat rahmat di sisi Allah dan kami berdoa agar dapat kembali ke tempat ini untuk menziarahi makam Rasullullah jika dipanjangkan umur.
Program asal tabung haji adalah semua jemaah bersiap dengan pakaian ihram dan akan menuju ke miqat Bir Ali untuk berniat mengerjakan Umrah.
Jam 12pm, kami mendapat arahan supaya bersiap sedia untuk berniat di dalam bas kerana terdapat info yang banyak bas yang bertolak sebelum kami tidak dapat berhenti di Masjid kerana kesesakan yang teruk. Ramai jemaah telah mula meninggalkan Madinah. Berdasarkan Tabung Haji, perjalanan akan mengambil masa 12 jam atau lebih kerana jalanraya yang dijangka sesak. Kami juga di nasihatkan untuk menunaikan solat sunat ihram dan berada di dalam wuduk di hotel sebelum bertolak.
Tepat jam 3:30 petang, ada 2 buah bas siap sedia menunggu kami di luar hotel. Para petugas Tabung Haji mengiringi kami sampai ke pintu lobi hotel sambil mendoakan setiap jemaah supaya dipermudahkan dan mendapat haji mabrur. Kami diberitahu jemaah KT ini special kerana hanya 80 orang sahaja yang mengikuti pakej Muassasah dalam KT24 dibandingkan dengan KT lain yang lebih kurang 400 orang jemaah. Yang lebih daripada itu, mengikuti pakej swasta. Senang pihak tabung haji hendak manage.
Bas baru yang disediakan oleh tabung Haji untuk ke Mekah.
Perjalanan kami dimulai oleh Ustaz bimbingan Tabung Haji. Penuh dengan penerangan dan aturan perjalanan. Bas kami mula bergerak menuju ke Masjid Bir Ali yang terletak lebih kurang 12 km dari Masjid Nabawi. Semua jemaah mesti berniat miqat disini sebelum sampai ke Mekah.
Kenangan bersama di Masjid Bir Ali bersama Hj Zul dan Hj Fauzi.
Alhamdullilah, tidak sampai 15 minit, bas kami tiba di Masjid Bir Ali. Subhanallah, tiada kesesakan yang diceritakan seperti semalam. Begitu lengang persekitaran Masjid.
Inilah urusan Allah. Jika difikirkan logic, tidak mungkin pihak tabung Haji akan mengeluarkan arahan kecuali memang betul betul terjadi. Diberinya izin untuk kami bersama sama menunai solat sunat ihram dan tahiyatul masjid berjemaah...
Selesai kami selesai menunaikan solat dan berniat miqat umrah, (ada juga jemaah yang berniat Haji terus), bas kami menuju ke Mekah. Perjalanan nya tenang, kami sempat singgah di R&R untuk makan malam, solat jamak takhir, dan juga berhenti di suatu tempat khas dimana, kerajaan Arab Saudi memberi sedikit bekalan makanan sebagai hadiah untuk semua jemaah Haji.
Selesai kami selesai menunaikan solat dan berniat miqat umrah, (ada juga jemaah yang berniat Haji terus), bas kami menuju ke Mekah. Perjalanan nya tenang, kami sempat singgah di R&R untuk makan malam, solat jamak takhir, dan juga berhenti di suatu tempat khas dimana, kerajaan Arab Saudi memberi sedikit bekalan makanan sebagai hadiah untuk semua jemaah Haji.
No comments:
Post a Comment