Assalamuailaikum para pembaca sekalian,
Informasi dalam sekeping kertas Tabung Haji tidak menceritakan secara detail perjalanan Haji. Berapa hari, bila pergi dan pulang, berapa kosnya, dan soalan-soalan lain yang berkaitan. Yang pasti, kami kena pilih seperti berikut:
1. Penerbangan Awal/Pertengahan/Akhir
2. Madinah/ Mekah.
3. Terima Offer Haji atau ingin tolak/postpone.
Oleh kerana tiada pengalaman dan tidak ada banyak info sama ada di kedai buku atau internet, sumber rujukan kami hanyalah kepada 2:
1. Ibu Bapa kami yang telah mengerjakan Haji
2. Tabung Haji
"Nak gi bila ni, kita dah nak kena hantar jawapan?". Ayah saya kata, mana mana pun ok. Menerima jemputan dari Allah sudah merupakan satu nikmat, ramai lagi yang menunggu yang masih belum dapat.
Kami berdua memilih penerbangan pertengahan, ke Madinah dahulu. Logik saya simple.. Kalau pergi awal, tak sempat nak prepare barang and kelam kabut, kalau pergi mekah dahulu, kita ni banyak dosa, silap haribulan, kena balasan terus. Masyallah, ceteknya ilmu dan pemikiran saya.
Imbas kembali, sekiranya kami diberi pilihan yang ke 2, kami pasti akan memilih pilihan yang sama. Cuma logiknya berbeza setelah melihat keadaan sebenar di sana.
"Ok Encik, pendaftaran diterima, Isteri encik ok, cuma encik tak cukup simpanan"..."Kami tak boleh nak proses pendaftaran Encik"
Subhannallah, tidak terlintas langsung di hati saya yang simpanan saya tidak cukup kerana saya yakin, tabung haji pasti hanya akan memilih jemaah yang cukup simpanannya. Saya bertanya, bagaimana saya terpilih sedangkan simpanan saya masih belum mencukupi?
" Tengok nasib tuan, kadang kadang ada juga kes macam ni"
Saya masih lagi ingat ketika kursus Haji di Malaysia, antara mukadimah pembuka kata seorang pegawai tabung Haji.
" Tahniah tuan/puan sekalian kerana dipilih menjadi tetamu Allah kali ini. Anda dipilih bukan kerana Tabung Haji. Kami hanyalah asbabnya sahaja. Allah telah menjemput tuan/puan ke rumah AgungNya, maka oleh itu, belajarlah bersungguh sungguh ilmu yang akan diturunkan. Semoga anda semua mendapat Haji yang Mabrur"
Tip No 3: Kelebihan pergi Mekah dahulu atau Madinah?
Kisah perjalanan haji seorang insan biasa menjadi luar biasa. Bayangkan hotel 1 KM dari masjidilharam, berkongsi tandas dengan 5200 jemaah yang lain, 7 KM dari khemah mina ke Jamrah, namun sekiranya kita ikhlas dan yakin dengan Allah, 5 waktu depan Kaabah, tandas sentiasa kosong malah diizin Allah, diberikan ruang untuk mencium Hajar Aswad, berdoa di hijir Ismail dan tinggal di hotel Clock Tower
Bacaan Suci Al Quran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment