Assalamualaikum para pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
Anda dipertemukan sekali lagi di blog saya yang mana, di blog ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika menunaikan ibadat haji pada tahun ini, 2013, bersamaan 1434H.
Kenapa saya membuat keputusan ini adalah untuk berkongsi dengan rakan rakan sekalian yang belum menunaikan haji yang ingin menunaikan haji dengan pakej Muasasah. Pakej Muasasah ini adalah pakej paling murah yang ada di malaysia di bawah naungan Tabung Haji.
Kita banyak mendengar tenrang kesusahan apabila pergi menunaikan haji dengan pakej muasasah berbanding dengan pakej yang lain. Jika difikirkan secara logic, pakej ini menelan belanja sebanyak RM9540 berbanding dengan pakej swasta yang bermula dengan minimum RM 25,000 seorang.
Alhamdullilah, dengan izin Allah, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mencatat sejarah perjalanan haji saya. Semoga yang baik dapat tuan/puan ambil dan amalkan sementara yang buruk, kita jadikan sempadan. Insyallah.
Ikutilah perjalanan travelog Haji saya.
No comments:
Post a Comment