Assalamuailaikum para pembaca sekalian,
Setelah selesai pendaftaran Haji, sampai lagi satu surat dari Tabung Haji memberitahu tentang kursus Asas Haji bagi setiap Jemaah yang terpilih. Kursus Haji bermula seawal January 2013 sebanyak 16 siri sehingga bulan May 2013.
Pada pendapat saya, tabung haji merupakan syarikat yang terbaik dalam mengendalikan programme Jemaah Haji. Jika diamati, setiap tahun, kalau ikut quota Arab Saudi, lebih kurang 30,000 Jemaah akan mengikuti Kursus Asas ini seluruh Negara. Bayangkan commitment Ustaz dan Ustazah yang dipilih untuk membimbing kita semua. Bukan sehari dua, tiap tiap minggu , dalam kes saya, setiap hari Ahad di Masjid Sultan Ahmad Shah 1.
Saya dan isteri terpaksa membuat adjustment demi untuk menghadirkan diri di kursus ini. Bukan kita tak boleh baca buku sendiri, tetapi kursus percuma ini bukan datang selalu. Kita boleh bertanya kepada tenaga pengajar perkara perkara yang kita tidak faham. Golf hujung minggu ditinggalkan, pergi pasar tani pun terpaksa ditinggalkan demi mencari ilmu dan persediaan perjalanan Haji kami.
Berdasarkan pengalaman saya, jika saudara/saudari memilih untuk pergi dengan muassasah, ilmu ini amat penting. Jangan ambil mudah kerana di sana, Jemaah yang mengikuti muassasah adalah lebih kurang 20,000 hingga 25,000 orang. Ustaz tidak ramai.
Kita kena berdikari di sana. Ilmu yang diturunkan ketika kursus Asas Haji ini amat saya hargai dan banyak membantu kami berdua menjalankan ibadat haji dengan tenang.
Kisah perjalanan haji seorang insan biasa menjadi luar biasa. Bayangkan hotel 1 KM dari masjidilharam, berkongsi tandas dengan 5200 jemaah yang lain, 7 KM dari khemah mina ke Jamrah, namun sekiranya kita ikhlas dan yakin dengan Allah, 5 waktu depan Kaabah, tandas sentiasa kosong malah diizin Allah, diberikan ruang untuk mencium Hajar Aswad, berdoa di hijir Ismail dan tinggal di hotel Clock Tower
Bacaan Suci Al Quran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment