Bacaan Suci Al Quran

Hotel Anwar Movenpick... Alhamdullilah... Nikmat di Madinah..

Assalamuailaikum,



Hotel Anwar Movenpick yang Tabung Haji sediakan di Madinah Munawarrah adalah yang terbaik. Hanya 40 meter dari masjid Nabawi, 5 star hotel dan layanan mesra tabung haji terasa bukan seperti pakej Muassasah,

Kami berdua terus ke tingkat 1 hotel, dimana terdapat facilities seperti simcard phone, kaunter kewangan, dewan makanan dan klinik. Setelah kami selesai urusan phone dan sebagainya, kami ke bilik hotel kami di tingkat 12.


 Beg beg kami di turunkan dari bas dan terus diletakkan di lobi tingkat kami.



Saya dan isteri berkongsi dengan 3 jemaah lain. Bilik di hotel amat selesa walaupun berkongsi. Rakan sebilik pula dalam lingkungan umur yang sama dan semuanya bukan dari Kuantan. Hj Fauzi dari Bangi, Hj Zul dari Kajang, dan Hj Hamid dari Johor...



Setelah berehat di bilik dan mandi, kami bersedia untuk ke Masjid Nabawi buat kali pertama untuk menunaikan solat zohor berjemaah. Sementara menanti waktu zohor masuk jam 12:15pm, kami bergegas ke tingkat satu dahulu untuk makan tengahari.

Ketika kami sampai jam 10:50am, barisan jemaah yang beratur sudah panjang. Semuanya menunggu untuk kaunter waktu makan tengaharidibuka. Terdapat dua barisan, satu barisan untuk haji, satu lagi untuk hajjah.

Pelbagai ragam yang dapat kami perhatikan, ada yang ambil banyak sekali untuk di makan di bilik, ada yang beratur di kaunter sup, ada yang ambil untuk rakan sebilik dan ada juga cubaan jemaah lelaki untuk beratur di kaunter makanan hajjah....

Alhamdullilah, makanan tabung haji yang disediakan adalah yang terbaik di Madinah... Makanan Malaysia...


Tip no 5: Langkah Pertama yang perlu anda lakukan apabila sampai di Hotel.




No comments:

Post a Comment

More tips and stories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...