Bacaan Suci Al Quran

Tarikh keramat.. 15 September 2013.... KT24

Assalamualaikum para pembaca sekalian,

2-3 bulan berlalu begitu pantas. Gelang tangan haji telah kami terima melalui pos, begitu juga dengan rakan rakan yang lain... Berita yang paling mengejutkan ialah apabila tabung haji mengumumkan quota Arab Saudi untuk jemaah satu dunia pada musim haji 1434H kali ini dikurangkan sebanyak. 20%.

Quota Jemaah Haji Malaysia setiap tahun 1%. Maknanya, setiap tahun, 28,000 jemaah malaysia terpilih untuk menunaikan haji... Ini bermakna, 5600 jemaah pasti akan ditolak permohonan untuk tahun ini.

Alasannya mudah...construction untuk tempat tawaf masih belum siap pada tingkat 2 dan 3.

Pelbagai andaian dibuat ketika bersembang dengan rakan-rakan. Ada yang mengatakan, cabaran paling utama adalah tawaf kerana semua kena tawaf pada tingkat bawah. Bayangkan 2 juta jemaah haji... semuanya tawaf di tingkat yang sama. Debu, crane berkerja 24 jam, bangunan banyak yang diruntuhkan... Masyallah... Aku bertawakal kepada Allah dan yakin, kami ini datang ke rumah agungnya sebagai tetamu Allah, Insyallah dipermudahkan.

 Project pembinaan masjidilharam. Penuh kren di dalam Masjid. Bekerja 24 jam untuk menyiapkan masjid.


 Seminggu selepas hari raya puasa, maka tibalah surat dari tabung Haji. Surat pemberitahuan tarikh keberangkatan Haji bagi kami berdua... 15th September 2013.... KT24.. Perjalanan haji kami ke Madinah Munawarrah dahulu selama 8 hari sebelum ke Mekah. Tempoh kami disana adalah 44 hari....

Kini segala impian dan cita cita kami hampir menjadi reality... Tempoh menunggu hampir selama 7 tahun kini berakhir dan sedar tak sedar, kami di panggil oleh Allah untuk ke rumah Agung Nya... Masyallah... Adakah ini benar?....

Suatu pengembaraan iman untuk kami berdua. Banyak cerita telah kami dengar, banyak ilmu telah kami timba bersama sama tabung haji... kini masa telah tiba... adakah kami diterima sebagai tetamu nya yang istimewa?







No comments:

Post a Comment

More tips and stories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...