Bacaan Suci Al Quran

Cabaran beribadat di Madinah....Malaysian Style...

Assalamualaikum,

Hari pertama, kedua dan ketiga merupakan cabaran untuk beribadat.. KT 24 adalah penerbangan yang dipertengahan musim Haji. Sudah ramai jemaah berada di kota Madinah. Penerbangan KT yang terakhir ke Madinah adalah KT 34.

Cabaran balik ke hotel setiap kali habis solat berjemaah. Boleh dikatakan hampir 30-45 minit menunggu lif hotel. Bukan kami sahaja, ramai lagi... semuanya berebut dan beratur untuk naik ke bilik masing masing.


Ada yang naik tangga ke tingkat 1 dan tunggu disana. Apabila lif tiba di ground level di lobi, sudah penuh.. kecewa lagi... Ada yang ambil lif di bahagian service berebut dengan pekerja hotel, ada yang complain ke Tabung Haji dan macam- macam.

Ada suatu peristiwa di lobby lif. Ketika itu memang ramai yang beratur diluar. Ada one group of ladies ni, bersembang di lobby lif dan salah seorang daripada mereka berkata, "Perhaps it is better to take the stairs, lagi cepat sampai".... Yang lain gelak ramai-ramai...

Ketika lif tiba, saya sempat masuk ke lif dan dalam lif tu ketika itu ada 4 jemaah. Sebaik sahaja kumpulan jemaah perempuan itu masuk, lebih kurang 3 orang, lif berbunyi, OVERLOAD!..

Dia macam tak percaya... "Cannot be!".. Saya pun tak percaya.. Lif tu senang senang boleh muat 10-12 orang. Takde la pulak orang yang besar dalam lif tu.. Maka mereka bertiga keluar dari lif dan lepas itu, saya tak berjumpa lagi mereka...

Tip no 6: Elakkan sesak ketika beratur naik lif.

No comments:

Post a Comment

More tips and stories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...