Assalamualaikum,
Bas kami berjalan lancar ke Kota Madinah yang mengambil masa lebih kurang 30 minutes. Suasana nyaman dan cuaca yang baik memberi kami rasa penuh kesyukuran.
Namun persoalannya, di manakah hotel kami? Kami pun tidak bertanya kepada Tabung Haji. Hanya yakin yang kami adalah tetamu Allah dan redha akan perancangan yang dibuat oleh tabung haji.
Alhamdullilah, kami sampai di Hotel 5 star di Madinah... Anwar Movenpick. Kelihatan jemaah ramai yang sudah berada di lobi hotel. Kami turun dari bas dan menuju ke lobi. Kami di sambut dengan mesra oleh petugas tabung haji dan diberi taklimat ringkas mengenai hotel facilities dan juga kemudahan yang tabung haji sediakan di hotel.
Beg beg besar jemaah diturunkan dari bas dan di hantar terus ke tingkat penginapan.
Kisah perjalanan haji seorang insan biasa menjadi luar biasa. Bayangkan hotel 1 KM dari masjidilharam, berkongsi tandas dengan 5200 jemaah yang lain, 7 KM dari khemah mina ke Jamrah, namun sekiranya kita ikhlas dan yakin dengan Allah, 5 waktu depan Kaabah, tandas sentiasa kosong malah diizin Allah, diberikan ruang untuk mencium Hajar Aswad, berdoa di hijir Ismail dan tinggal di hotel Clock Tower
Bacaan Suci Al Quran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment