Flight SV5717 Saudi Airline terbang di udara dengan tenangnya. Hanya berlaku air pocket yang agak kuat semasa melepasi sempadan negara India. Perjalanan yang mengambil masa selama 8 jam di penuhi dengan aktiviti tidur. Ini kerana flight kami bertolak pada pukul 1:30am dan dijangka sampai di Madinah pada jam 5:30am... Insyallah sempat subuh disana.
Tepat jam 5:40 am, kami mendarat di lapangan terbang Madinah. Ya Allah, kami sampai juga akhirnya dengan selamat. Ini lah permulaan perjalanan Haji kami.
Sampai di airport, kami terus mengambil wudhu dan sembahyang subuh. Ini kerana imigresen Saudi baru nak buka dan jemaah mula beratur.
Aku masih ingat lagi ketika turun dari kapal terbang, ada seorang makcik dari kelantan, kelihatan sesat dan tiada orang membimbingnya. Beg sandang yang dibawa pun tiada orang membantu. Aku rasa umur dia dalam lingkungan 60an. Yang pasti dia dari pakej Batuta Travel dari Kelantan. Kami membantu beliau turun dari bas, angkat beg dia, isteriku teman dia ke tandas dan juga sembahyang. Malah masa imigresen juga, dia sentiasa berada dekat dengan kami.
Alhamdullilah, tempoh beratur di kaunter imigresen tidak lama dan lancar. Selesai urusan kaunter, kami sibuk mencari beg kami berdua. Nasib baik, kunci beg colour pink jelas kelihatan. Beg makcik tadi pun kami jumpai.
Saat paling mendebarkan.....
Semasa di kelana Jaya.. Tabung Haji membuat pengumuman supaya semua jemaah yang membawa makanan seperti serunding, brahim, maggi dan sebagainya untuk mengeluarkan kesemuanya dan tinggalkan di malaysia kerana kerajaan saudi tidak membenarkannya.
Kami juga ada membawa sedikit serunding dan ikan bilis. Isteri ku bertanya... camna, nak keluarkan ke? Kerana lokasi simpanan yang agak strategik di dalam beg, untuk mengeluarkannya amat sukar...
Takpe lah... kita tawakkal sahaja kepada Allah....
Alhamdullilah, kami berjaya melepasi imigresen tanpa masalah.. rasa syukur kepada Allah amat sangat... Silap haribulan, beg tu dihantar pulang ke Malaysia...
Saat pertama kaki menjejak kaki di atas bumi Madinah yang suci.....
Beg kami di usung oleh pekerja lapangan terbang Madinah. Terdapat banyak bas yang menunggu diluar sana. Pakej Muassasah menaiki bas no 01 dan 02... manakala makcik tadi sudah tidak kelihatan lagi...
Semasa di dalam bas, terasa pula lapar kerana jam dah menunjukkan pukul 8:30 am. Nasib baik isteriku ada membawa roti dan butter untuk kami berdua makan... Makanan pertama di bumi Madinah... Alhamdullilah...
No comments:
Post a Comment