Bacaan Suci Al Quran

Lawatan ke Kota Madinah dan Ladang Kurma...

Assalamualaikum,

Masuk hari ke 3 di Madinah, pihak Tabung Haji menyediakan lawatan ke kota Madinah dan sekitarnya. Lawatan bermula seawal 7 pagi. Jemaah KT24 yang mengikuti pakej Muassassah tidak ramai.. Hanya 80 orang sahaja... selebihnya mengikuti pakej swasta...Kumpulan kami bergerak menaiki 2 bus... di iringi oleh mutawif yang dilantik oleh tabung haji. Mereka adalah pelajar dari University Madinah. Mutawif bas kami adalah Abdul Rahman dari Kuala Lumpur..

Lawatan pertama kami adalah masjid Quba.. Masjid yang pertama dibina oleh baginda Rasulullah ketika tiba di Madinah.

Orang yang bersolat disitu mendapat pahala seperti mengerjakan umrah sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
قَالَ سَهْلُ بْنُ حُنَيْفٍ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ، ثُمَّ أَتَى مَسْجِدَ قُبَاءَ، فَصَلَّى فِيهِ صَلَاةً كَانَ لَهُ كَأَجْرِ عُمْرَةٍ.
Ertinya: Dari Sahl bin Hunaif bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa telah bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya, dengan sebaik-baik wuduk, kemudian mendatangi Masjid Quba’ lalu solat di dalamnya dua rakaat, maka baginya sama dengan pahala umrah.
[HR Ibn Majah]

Setibanya di Masjid Quba, taklimat ringkas diberi oleh En AbdulRahman mengenai kelebihan masjid dan jemaah di beri peluang untuk menunaikan solat dhuha dan sunat lain. Perasaan dapat bersembahyang di Masjid pertama yang Rasullulah bina amat terharu kerana baginda sendiri yang mengangkat bahan binaan dan pengorbanan baginda. Kita masih jauh lagi.. Hendak menderma RM50 ringgit ke tabung masjid pun masih lagi berfikir 2-3 kali...



  
Setelah selesai menunaikan ibadat di Masjid Quba, bas kami menuju ke ladang Kurma milik Tabung Haji. Pelbagai jenis kurma yang di jual di sini.. Kami juga dapat melihat pokok kurma yang termasyhur.. Kurma ajwa... atau kurma nabi...



No comments:

Post a Comment

More tips and stories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...