Assalamuailaikum para pembaca,
Hari ke 2 di Madinah di atur oleh tabung haji untuk melawat Masjid Nabawi, Raudhah dan pekuburan Baqi. Kumpulan kami KT24 bersama sama petugas tabung haji berkumpul di lobi hotel Anwar Movenpick untuk berjalan bersama-sama ke masjid.
Taklimat ringkas di beri oleh Ustaz. Orangnya sederhana, mengajar di sekolah di Seremban dan kali pertama menjadi petugas tabung haji di Madinah.
Saya masih lagi teringat peristiwa ketika semua jemaah sudah berkumpul dan Ustaz memberi penerangan. Oleh kerana kawasan yang lapang, dan hanya memakai "heller", jemaah yang dibelakang tidak berapa dengar apa yang disampaikan. Saya bergerak ke hadapan untuk mendengar dengan lebih jelas...
Tiba tiba ada seorang pakcik ni datang dari belakang dan mula memarahi petugas tabung haji. Katanya dia tidak dengar dan corong heller tidak menghala ke arah yang betul. Siap memberi arahan kepada petugas tabung haji sambil complaint kepada jemaah disebelahnya... Ini baru hari kedua... masih lagi perangai orang Malaysia...
Selesai taklimat, kami berkumpulan menuju ke raudhah dan di beri tag Tabung Haji berwarna merah untuk senang dikenalpasti. Sampai di depan pintu Babbu Salam, Ustaz memulakan doa memuji kebesaran Allah dan meminta dipermudahkan urusan Haji kami.
Alhamdullilah, selesai sudah kami melawat makam Rasullulah dan meneruskan perjalanan ke perkuburan Baqi sebelum bersurai balik ke Hotel.
Kisah perjalanan haji seorang insan biasa menjadi luar biasa. Bayangkan hotel 1 KM dari masjidilharam, berkongsi tandas dengan 5200 jemaah yang lain, 7 KM dari khemah mina ke Jamrah, namun sekiranya kita ikhlas dan yakin dengan Allah, 5 waktu depan Kaabah, tandas sentiasa kosong malah diizin Allah, diberikan ruang untuk mencium Hajar Aswad, berdoa di hijir Ismail dan tinggal di hotel Clock Tower
Bacaan Suci Al Quran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment