Ya Allah, akhirnya aku sampai lagi di Masjid yang tercinta ini... Subhanallah, suasananya amat berlainan dibanding di Malaysia. Berduyun duyun manusia menuju ke Masjid untuk menunai solat waktu... Begitu ramai sekali manusia.. ada dari Indonesia, Nigeria, Pakistan, Turkey dan banyak lagi negara lain...
Semuanya ingin solat berjemaah... 1000 kali pahala lebih baik daripada masjid lain... mengapa di Malaysia tidak seramai ini? Masyallah, lekanya aku... lalai nya aku selama ini... suasana di Masjid Nabawi baik diluar atau di dalam seperti expo pameran yang penuh dengan manusia.. bezanya... Ini semua kerana Allah Taala..
Aku masih lagi membawa perwatakan orang Malaysia.. masuk ke masjid lambat dan duduk di saf belakang... semuanya pakistan dan Indonesia... Duduk sahaja.. di ajak pula bersembang dan berkenalan dengan jemaah pakistan dan Indonesia... habis begitu sahaja masa di dalam masjid... tanpa berbuat apa apa dan dalam fikiran ku masa tu pula ... bila pula nak makan dan balik ke hotel... Masyallah... Adakah ini haji? adakah ini yang di panggil tetamu Allah?
Selesai sahaja solat dan imam memberi salam, aku terus bangkit dan bergegas untuk pulang ke hotel. Pintu keluar penuh...Bukan aku sahaja yang hendak pulang segera... jemaah lain pun sama... semuanya beresak- esak hendak keluar dari Masjid...Pintu masjid yang besar nampak kecil...
Tip no 7: Elakkan kesesakan di Masjid Nabawi dan tempat terbaik di dalam Masjid.
No comments:
Post a Comment