Assalamualaikum para pembaca sekalian,
Hari ini masuk hari ke 5, kami seperti biasa selepas solat subuh berjemaah, membaca quran sehingga syuruk dan menunggu waktu dhuha. Dalam pukul 7am, urusan selesai dan saya menunggu isteri untuk bersama-sama pergi ke satu kedai untuk membeli makanan breakfast.
Ada sebuah kedai kebab yang harganya berpatutan dan sedap dimakan kurang 10 riyal. Selepas membeli, biasanya kami akan naik ke tingkat satu hotel Anwar Movenpick untuk makan kerana dewan makan untuk para jemaah yang disediakan oleh tabung haji berada di situ.
Tapi pada hari ini.. suasana amat berbeza, ramai sungguh jemaah berada di dewan makan... biasanya tidak ramai... saya ada favorite spot di dewan makan itu kerana dekat dengan tingkap. Jam lebih kurang dalam pukul 8am. Tidak lama kemudian, sampai pula para petugas tabung haji sedang menyiapkan system audio... saya bertanya kepada petugas.. ada apa hari ini?
"Hari ini ada penceramah khas yang tabung haji jemput.. prof Muhd Kamil... dia akan datang sekejap lagi..."
Saya dan isteri membuat keputusan untuk mendengar ceramah ini.. sepatutnya rutin kami selepas makan, naik ke bilik dan tidur sekejap untuk cover bangun awal pagi sebelum pergi ke masjid untuk solat zohor... jadi kami teruskan makan macam biasa..
Saya sebenarnya ada membeli buku beliau.. tetapi hanya membaca 10 minit.. lepas tu buku tu jadi perhiasan collection buku saya.. so saya tak lah teruja sangat.. cuma saya tahu dia banyak berubah selepas menunai haji...
Tak lama kemudian, datang seorang insan yang amat sederhana parasnya dan ramai yang bersalam dengannya.. semakin lama semakin hampir dengan meja saya.. Masyallah... dia betul betul depan saya... di situ rupanya tempat dia berdiri untuk berceramah...
Ceramah selama 2 jam cukup memberi dimensi baru kepada saya... cara pemikiran dan perspective yang di ceritakan oleh Muhd Kamil cukup membuatkan saya sedar apa sebenarnya Haji... the BIG PICTURE...
Satu per satu pengolahan di terangkan oleh prof Muhd Kamil, beliau seorang yang amat direct... hendak diceritakan, ketika ceramah, saya tengah menikmati kebab... soalan beliau...
" Siapa puasa hari ini dan tahukan tuan kenapa orang madinah berpuasa pada hari ini?.. Terkedu saya dibuatnya... Sungguh jahilnya... seorang jemaah pun tidak mengangkat tangan...
"Tuan tuan tahu hari ini hari putih, 3 hari mereka berpuasa, tuan tuan tahu bagaimana rasa berpuasa para nabi... di Kota Madinah ini lah..." Saya apabila berpuasa dan berbuka di Madinah, saya rasa makanan kita apabila berbuka di Malaysia adalah sangat sangat membazir... apa yang tuan tuan lihat di masjid. itu lah Nabi dan para sahabat makan...
Beliau kemudian menceritakan bagaimana para sahabat dahulu berpuasa dan mengajak jemaah berpuasa... sekira tuan tuan boleh berpuasa sebagaimana saya ceritakan... nanti tuan balik Malaysia, setakat puasa isnin dan khamis itu tiada masalah...
Kisah perjalanan haji seorang insan biasa menjadi luar biasa. Bayangkan hotel 1 KM dari masjidilharam, berkongsi tandas dengan 5200 jemaah yang lain, 7 KM dari khemah mina ke Jamrah, namun sekiranya kita ikhlas dan yakin dengan Allah, 5 waktu depan Kaabah, tandas sentiasa kosong malah diizin Allah, diberikan ruang untuk mencium Hajar Aswad, berdoa di hijir Ismail dan tinggal di hotel Clock Tower
Bacaan Suci Al Quran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment