Bacaan Suci Al Quran

The POWER of TAUBAT

Salam,

Pernahkah anda merasa hidup ini penuh dengan cabaran, kehidupan yang huru hara, saya kongsikan bersama anda, satu ebook yang cukup POWERFUL, iaitu,

The POWER of TAUBAT.

 
Banyak perkara akan berubah selepas anda membaca ebook ini.
 
PERCUMA
 
Download di
 

Hari Hari Perlu Recharge!

HARI HARI PERLU RECHARGE!

 


Hidup kita sentiasa sibuk dengan dunia. Dari subuh sampailah kita hendak tidur. Jika anda perasan, setiap hari, terasa semakin tak cukup masa, makin cepat.
Soalannya ialah, adakah kita ready bila dipanggil 'besok' mengadap pencipta kita?
...
Apa pencapaian anda hari ini? Cukupkah?
Sebelum saya pergi haji, boleh dikatakan saya lalai. Sembahyang ikut suka waktunya, jemaah lagi la jauh. Subuh pasti dirumah sahaja.
Di mekah dan madinah, suasananya amat berbeza. Tiada seorang pun solat sendirian. Semua orang bergegas ke masjid. Semua kedai tutup perniagaan. Dalam ebook HAJI MUASSASAH LIMITED EDITION, saya kongsikan bagaimana anda boleh lakukan solat berjemaah 5 kali sehari.
Hebat!
40 hari cukup mengajar saya erti RECHARGE! Tepat pada waktunya. Ada hikmat kenapa Allah suruh kita solat berjemaah dan tepat pada waktunya.
Saya kongsikan 3 cara untuk anda mulakan solat 5 waktu berjemaah.
1. Bandingkan jika pahala nampak. 27 x 5 x 365 vs 1 x 5 x 365... 49,275 vs 1825... Siapa Allah akan lebih suka?
2. Bayangkan bila azan dilaungkan ibarat Allah memanggil kita..Apa response anda? 1. Buat tak tau 2. Teruskan bercakap 3. Berhenti dan solat. Apa anda buat jika bos anda panggil anda? Buat tak tau
3. Praktik kan amalan tahajud seperti saya syorkan dalam buku THE POWER OF TAHAJUD.

Like dan share dengan 9 orang yang belum solat berjemaah.
___________________________________________________________________________
Kepakaran saya adalah membantu jemaah haji muassasah untuk mengerjakan ibadat haji dengan lebih tenang dan mudah dengan tips dan amalan praktikal.
Kereta pun nak kena RECHARGE!

Download Percuma disini...

Assalamualaikum,

Travelog ini telah diberi nafas baru dan informasi yang berguna dan bermanfaat telah dipindahkan ke website : http://www.muassasah.com. Sila layari website baru ini untuk mendapatkan informasi Haji yang terbaru.

www.muassasah.com

Kemudahan Tabung Haji di Hotel... Lengkap dan mudah....

Assalamulaikum para pembaca sekalian,

Kami di tempatkan Hotel Land Premium di Jalan Misfalah... lebih kurang 1 km dari belakang clock tower... Alhamdullilah, walaupun jauh dari Masjidil haram, hotel lengkap dengan kemudahan dan makanan Malaysia... Roti Canai... Semua menu termasuk makan tengahari dan malam di sediakan oleh Tabung Haji..

Antara kemudahan yang ada:

1. Dobi
2. Telefon ke Malaysia (TM)
3. Cafeteria
4. Bank (tabung Haji)
5. Klinik
6. Surau
7. Perkhidmatan Courier Pos Laji ( Nationwide)
8. Penasihat Agama
9. Makanan Kurma secara Percuma 24 jam
10. Siaran Langsung Masjidil Haram
11. Lawatan sekitar Mekah
12. Air Zam Zam percuma setiap tingkat
13. Free Wifi di Lobi
14. Perkhidmatan Bas ke Tanaim (Miqat) bagi mereka yang ingin melakukan Umrah
15. Bilik Rehat (Barakah)




Saya rasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada tabung Haji kerana pengurusan yang cekap dan mantap yang berskala besar seperti ini. Bukan semua jemaah muda, 70% berumur 45 tahun ke atas.. ada pelbagai ragam... namun syabas tabung haji... Segala kesusahan kami dijaga...

Cabaran pertama di hotel... sama seperti Madinah.. semua berebut lif...masih tidak berubah....




Hotel Land Premium .. Misfalah Road.. Mekah.. Akhirnya kami tiba... Kaabah

Assalamualaikum para pembaca sekalian,

Jam 12:10am, kami di tempatkan di tingkat 10 Hotel Land Premium. Kali ini kami tinggal 6 orang sebilik... Tidak pernah saya berkongsi bilik seramai itu kecuali semasa zaman persekolahan dulu...

Inilah suasana bilik hotel di Madinah.. Selesa dan luas... Bandingkan suasana apabila berada di Mekah... 6 orang sebilik...



Ada juga jemaah yang berkongsi sehingga 10 bilik seorang.... Yang paling penting di sini adalah kerjasama antara jemaah bilik... anggaplah mereka saudara kita kerana hubungan baik dan bertolak ansur antara jemaah amat penting pada ketika ini.

Jemaah KT24 dijadualkan untuk bergerak secara kumpulan ke Masjidilharam untuk melaksanakan tawaf umrah dan saie pada keesokkannya selepas subuh... Sungguh tidak sabar untuk melihat kaabah.... selama ini kita bersembahyang hanya nampak gambar kaabah... 6 jam lagi... kaabah akan menjadi kenyataan..... Subhanallah.. sungguh terharu apabila Allah memilih menjadi tetamunya...



0700 am, kami berkumpul di lobi hotel dan diberi taklimat ringkas oleh pembimbing Tabung Haji. Kami juga diberi tag berwarna oren Tabung Haji supaya senang dikenalpasti oleh Petugas Tabung Haji sekiranya sesat..

0730: Kami bergerak secara kumpulan sambil melaungkan 'Labaikallah hum ma la baik....Hamba mu datang..."

0800: Akhirnya kami tiba di perkarangan Masjid... Subhanallah... tidak dapat dibayangkan rasa berada di rumah Allah yang paling Agung.... begitu ramai jemaah...serba putih... Kami menuju perlahan lahan ke dalam masjid melalui pintu King Fahd...

Manusia Paling Mulia, Nabi Muhammad SAW..

Assalamualaikum,

Sebelum saya meneruskan menceritakan pengalaman hebat ketika menunaikan Haji, kebetulan pula hari ini, Malaysia cuti menyambut peringatan  Nabi kita, 12 Rabiul Awal , hari wafatnya  Nabi dan Rasul yang membawa rahmat terhadap semua manusia.


Persoalannya yang selalu kita tanya adalah, bagaimana kita hendak menyambut hari peristiwa ini? 

 Adakah dengan berarak sambil berselawat yang selalu kita lihat... Sebenarnya, yang terbaik adalah .. jika kita sayang kepada Nabi Muhammad, kita mestilah istiqamah untuk mengikuti segala sunnah Baginda dan ajaran Al Quran.. Bukan hari ini sahaja... Setiap hari... Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberi kekuatan kepada tuan tuan dan saya sendiri...


Suatu pengalaman di Madinah ketika mengunjungi Raudhah, tempat yang istimewa di Masjid Nabawi... tempatnya tidak besar.. di tanda dengan carpet hijau...sentiasa penuh dengan jemaah yang berdoa dan menunaikan solat sunat.

Tips saya mudah, sentiasa berdoa kepada Allah semoga diberi peluang untuk bersolat di dalam Raudhah... bagi saya waktu yang paling seronok pergi adalah dalam pukul 2am atau masa bermula waktu Dhuha.. Insyallah dengan Izinnya, tuan diberi peluang untuk berada di Raudhah. Banyakkan bersabar...

7 Sunnah Harian Nabi Muhammad SAW:

1. Dirikanlah Solat Tahajjud
2. Bacalah Al Quran
3. Solat Berjamaah di Masjid
4. Dirikan lah Solat Dhuha
5. Perbanyakkan Sedekah
6. Menjaga Wuduk
7. Banyakkan Berzikir dan Beristighfar...










Kehadiran insan bernama Ustaz Dzulkarnain Hj Hamzah...

Assalamualaikum para pembaca sekalian,

Perjalanan di dunia ini sungguh indah... Allah itu maha berkuasa,, memilih siapa dikehendaki... Pengalaman yang saya ingin kongsikan ini saya rasa sebenarnya Allah ingin memberitahu tips dan petua mengapa kami di panggil sebagai tetamuNya...

Bas KT24 yang menuju ke Mekah hanya 2 buah bas... Saya menaiki bas no 2. Mutawif yang membaca kami adalah Ustaz Dzulkarnain dan Ustaz Rahman dari Tabung Haji... Saya sebenarnya tidak mengenali siapa Ustaz Dzulkarnain, yang pastinya, Ustaz Rahman memberitahu, yang Ustaz Dzulkarnain adalah Ustaz jemputan pakej Rayhar yang terlepas bas dan menumpang bas kami untuk ke Mekah...

Subhanallah, kedua dua ustaz memberi tazkirah, berzikir, bertalbiah sepanjang perjalanan kami ke Mekah...yang saya perasan, suara Ustaz Dzulkarnain sangat merdu dan menusuk kalbu setiap kali beliau berzikir dan bertalbiah.. pada hemat saya mulanya... hebat sangat muassasah ini...

Beliau lah yang mengetuai solat berjamaah dari Masjid Bir Ali, Surau di R&R area dan tazkirah... Saya ingin berkongsi.. apa yang dikongsi oleh Ustaz Dzulkarnain ketika dalam perjalanan kami yang pasti akan saya ingat selagi saya masih hidup...

Saudara yang saya hormati,

Peringatan Pertama:

  • Bayangkan.. ketika kita di Malaysia, banyak harta kita.. kereta, rumah, anak, perniagaan, perkerjaan, pangkat dan sebagainya...
  • Sebelum kita berangkat menunaikan Haji... semua itu kita tinggalkan kerana Allah... semua nya..betapa susahnya planning dan pelbagai aturan yang kita buat sepanjang peninggalan harta kita. Hanya satu beg besar dan beg galas yang mengiringi kita..
  • Bila sampai di Madinah.. nikmat Allah tarik lagi.. kali ini berkongsi bilik dan tandas dengan orang lain...
  • Bila tuan tuan sampai di Mekah nanti, nikmat di tarik lagi.. hotel jauh dan berkongsi bilik dengan ramai lagi jemaah..
  • Di Arafah nanti... tiada lagi hotel, hanya canopy kain..
  • Mengapa jadi begitu.. apakah tujuan nya.. Ia adalah semata mata kerana Allah... Dunia ini adalah persinggahan... yang pasti.. bila tuan tuan mati nanti... semua itu tuan akan tinggalkan dan hanya mengharapkan keredhaan Allah...
Peringatan Kedua:
  • Kita ini adalah tetamu Allah... Tuan tuan semua adalah dhuyufurrahman... tetamu Allah yang dipilih olehnya untuk menunaikan Haji tahun ini..
  • Saya ingin membawa contoh apabila tuan pergi ke rumah orang sebagai tetamunya... Jika tuan ingin ke tandas, pasti tuan akan meminta izin, jika tuan di hidangkan dengan air sirap, pasti tuan akan minum.. sedap atau tidak..
  • Begitu lah di sini.. berdoalah banyak banyak... minta Izin dari Allah... dan redhalah akan pengajaran dan hikmat yang Allah bakal tunjukkan kepada tuan tuan.. Ini semua adalah sebahagian tarbiah yang istimewa yang di berikan oleh Allah.. membuktikan kekuasaanNya...

Saya masih teringat comment Ustaz Dzulkarnain mengenai perjalanan kami ke madinah.. Beliau menceritakan sepanjang beliau mengerjakan Haji, dan ketika waktu begini di mana begitu ramai jemaah mula bergerak ke Mekah, apa yang di rasai beliau semasa menaiki bas kami adalah suatu keajaiban.
  1.  Bas kami dapat berhenti di Bir Ali dan solat berjemaah walaupun jemaah sebelum kami terpaksa berniat di dalam bas, tidak dapat turun ke Masjid dan meneruskan perjalanan ke Mekah
  2. Semasa kami berhenti di R&R dalam pukul 8:30pm, hanya bas kami sahaja yang ada... kosong.. tiada bas dan jemaah yang lain... Selesai urusan kami, baru lah tiba jemaah lain.
  3. Tiada kesesakan sepanjang perjalanan terutama ketika memasuki kota Mekah... 7 jam kami sudah sampai. sama seperti menunaikan pada musim Umrah.
Beliau membuat kesimpulan, ini adalah kerana ada yang berdoa memohon dipermudahkan perjalanan.. ada ibu dan bapa tuan tuan yang sentiasa berdoa untuk keselamatan tuan kerana doa mereka paling senang Allah hendak makbulkan...



Persiapan menuju ke Madinah... Hari ke 8.... Permudahkan lah perjalanan ku..

Assalamualaikum para pembaca sekalian,

Tips 11: Rahsia Perjalanan Haji dari Madinah ke Mekah. Persediaan yang perlu anda tahu.

Alhamdullilah, kita masih lagi diberi nafas untuk terus menikmati keindahan ciptaan Allah. Insyallah, kita jadikan hari ini lebih baik daripada besok...

Mulai 20 September 2013, jemaah  KT1 telah mula bergerak meninggalkan kota Madinah. Jadual KT24 untuk meninggalkan kota Madinah pada 24 September 2013 jam 3 petang. Sehari sebelum berangkat, pihak tabung haji telah menghantar beg besar ke hotel penginapan di Mekah. Hanya beg kecil 5kg dibenarkan di bawa bersama sama di dalam bas.

Kami melakukan ziarah wida' pada sebelah pagi setelah selesai solat Dhuha. Semoga Nabi Muhammad sentiasa mendapat rahmat di sisi Allah dan kami berdoa agar dapat kembali ke tempat ini untuk menziarahi makam Rasullullah jika dipanjangkan umur.

Program asal tabung haji adalah semua jemaah bersiap dengan pakaian ihram dan akan menuju ke miqat Bir Ali untuk berniat mengerjakan Umrah.

Jam 12pm, kami mendapat arahan supaya bersiap sedia untuk berniat di dalam bas kerana terdapat info yang banyak bas yang bertolak sebelum kami tidak dapat berhenti di Masjid kerana kesesakan yang teruk. Ramai jemaah telah mula meninggalkan Madinah. Berdasarkan Tabung Haji, perjalanan akan mengambil masa 12 jam atau lebih kerana jalanraya yang dijangka sesak. Kami juga di nasihatkan untuk menunaikan solat sunat ihram dan berada di dalam wuduk di hotel sebelum bertolak.


Tepat jam 3:30 petang, ada  2 buah bas siap sedia menunggu kami di luar hotel. Para petugas Tabung Haji mengiringi kami sampai ke pintu lobi hotel sambil mendoakan setiap jemaah supaya dipermudahkan dan mendapat haji mabrur. Kami diberitahu jemaah KT ini special kerana hanya 80 orang sahaja yang mengikuti pakej Muassasah dalam KT24 dibandingkan dengan KT lain yang lebih kurang 400 orang jemaah.  Yang lebih daripada itu, mengikuti pakej swasta. Senang pihak tabung haji hendak manage.

Bas baru yang disediakan oleh tabung Haji untuk ke Mekah.

Perjalanan kami dimulai oleh Ustaz bimbingan Tabung Haji. Penuh dengan penerangan dan aturan perjalanan. Bas kami mula bergerak menuju ke Masjid Bir Ali yang terletak lebih kurang 12 km dari Masjid Nabawi. Semua jemaah mesti berniat miqat disini sebelum sampai ke Mekah.

Kenangan bersama di Masjid Bir Ali bersama Hj Zul dan Hj Fauzi.

Alhamdullilah, tidak sampai 15 minit, bas kami tiba di Masjid Bir Ali. Subhanallah, tiada kesesakan yang diceritakan seperti semalam. Begitu lengang persekitaran Masjid.

Inilah urusan Allah. Jika difikirkan logic, tidak mungkin pihak tabung Haji akan mengeluarkan arahan kecuali memang betul betul terjadi. Diberinya izin untuk kami bersama sama menunai solat sunat ihram dan tahiyatul masjid berjemaah...

Selesai kami selesai menunaikan solat dan berniat miqat umrah, (ada juga jemaah yang berniat Haji terus), bas kami menuju ke Mekah. Perjalanan nya tenang, kami sempat singgah di R&R untuk makan malam, solat jamak takhir, dan juga berhenti di suatu tempat khas dimana, kerajaan Arab Saudi memberi sedikit bekalan makanan sebagai hadiah untuk semua jemaah Haji.


Alhamdullilah, kira -kira jam 10:30 malam, kami selamat tiba di Hotel kami, Land Premium.


Ketibaan kami disambut mesra oleh petugas tabung Haji yang bertugas di hotel Land Premium.



Rahsia Tingkat 2 Masjid Nabawi...Pemandangan Indah di Madinah...

Assalamualaikum para pembaca sekalian,

Hari ini masuk hari ke 7 kami berada di bumi Madinah... Besok kami akan berangkat ke kota suci Mekah... tempat yang paling mulia di dunia... Subhanallah...

Hari ini, banyak masa di habiskan di Masjid, raudhah, membaca al Quran, melawat makan Nabi Muhammad.. entah bila lagi kami akan kembali ke sini...

Sepanjang berada di Masjid Nabawi, saya perasan, kubahnya sering bergerak sendiri terutama waktu hujan, pagi dan malam... Rasa curiga di hati, ingin melihat di mana kubah ini dan pergerakkannya.

Selepas solat subuh, saya berjalan ke kanan masjid sehingga ke hujung. Saya terlihat segolongan jemaah menaiki escalator naik ke atas tingkat 2. Tergerak di hati untuk melihat ke mana perginya jemaah ini.

Subhanallah, sungguh indah ciptaan Allah... pemandangan yang cukup hebat apabila berada di atas masjid Nabawi.. tidak pernah saya sampai di sini... 



Di atas ini, sama seperti layanan di bawah, ada karpet, air zam zam , Al Quran dan sebagainya... Saya berada di sini sehingga terbit fajar.. menanti matahari naik.. sungguh indah perjalanan malam dan siang mengikut aturannya.. perlahan -lahan suasana bertukar..



Bahagian atas masjid Nawawi adalah open area dan tiada atap... Namun ada suatu tempat di tengah tengah masjid ada lindungan yang bergerak secara automatic apabila panas.


Apabila matahari sudah terbit, apabila saya selesai menunaikan solat Dhuha, petugas Masjid Nabawi mula menggulung karpet dan membersihkan ruangan atas Masjid Nabawi.




Saya syorkan ambil lah peluang ini untuk melihat keindahan kota Madinah dari atas Masjid Nabawi ketika anda berada disana. Namun, tingkat ini hanya limited untuk kaum lelaki sahaja.. Gunakan lah peluang ini.. Insyallah...



Pengalaman berpuasa sunat di Madinah... Suatu pengalaman yang hebat!

Assalamualaikum para pembaca sekalian,

Amalan berpuasa merupakan salah satu amalan Nabi.

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Puasa yang lebih utama selepas Ramadhan ialah puasa di dalam bulan Allah yang dimuliakan iaitu bulan Muharram. Manakala sembahyang sunat yang afdhal selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang sunat di waktu malam (terutama di malam bulan Ramadhan)

Di Madinah, masyarakat disana sentiasa mengamalkan puasa Isnin dan Khamis, dan setiap bulan berpuasa hari Putih. Masyarakat di sana sangat pemurah dan sentiasa menyediakan juadah berbuka puasa ala kadar sebagaimana zaman sahabat berbuka puasa sebelum segera menunaikan solat Magrib,



  Salah seorang penduduk Madinah menyediakan hidangan untuk berbuka puasa.



 Jemaah Haji bersiap sedia untuk berbuka. Sambil itu, berzikir dan membaca Al Quran di teruskan.

 Roti dan kurma menjadi hidangan utama.di samping Air Zam Zam



Pengalaman saya apabila berpuasa disana amat berbeza jika di banding di Malaysia. Bermula dengan Qiamualai, bersahur, solat sunat, berzikir, membaca Al Quran sepanjang waktu berpuasa. Masyallah, suatu pengalaman yang tidak pernah saya lalui... Berbuka pula hanya dengan kurma, roti dan air Zam Zam...

Jika direnungkan amalan puasa kami di Malaysia berbanding di sini.. sungguh jauh berbeza.. di Madinah, mereka tidak makan lama.. begitu pantas dan bersegera mengerjakan solat Magrib, makanan nya sederhana dan ramai yang bersedekah.. Masyallah...

Bandingkan cara kita berpuasa dengan Nabi Muhammad berpuasa:

a. Menyegerakan Berbuka Puasa.

Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir,
membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.”
– Hadis riwayat al-Bukhari. no: 1957.

Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah S.W.T telah berfirman:

“Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan
berbuka puasa.”

– Hadis riwayat al-Tirmizi. no: 636.
b. Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air.

Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis.
Tamar pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran. Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi s.a.w.

Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab.
Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.”

– Hadis riwayat Imam al-Tirmizi, no: 632.
c. Bersegera Mengerjakan Solat Maghrib.

Hadis di atas tidak menafikan bahawa Rasulullah s.a.w juga menyegerakan solat Maghrib
setelah berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air.Namun, sekiranya makanan malam telah terhidang disunnahkan menjamah makan malam terlebih dahulu walaupun solat telah
didirikan. Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan solat Maghrib.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.”

– Hadis riwayat al-Bukhari, no: 674.

Menurut Imam al-Nawawi r.h di dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim, jilid 4, muka surat 208:
“Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.”
 
d. Berbuka Puasa Secara Sederhana.

Firman Allah S.W.T:

“Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indahsetiap kali kamu ingin ke tempat ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.”
– Surah al-A’raaf : 31

Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu berbuka puasa dijadikan medan untuk kita melepas geram kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan atau minuman. Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan untuk melatih jiwa seorang muslim yang bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan pada kadar yang tidak berlebihan. Sabda Nabi s.a.w:

“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya.
Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak mustahail (boleh dilakukan), suaplah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”

– Hadis riwayat al-Tirmizi no: 2302.
e. Menjamu Makanan Untuk Berbuka Bagi Orang Berpuasa.

Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya mengadakan majlis berbuka puasa untuk menjamu makan bagi mereka yang berpuasa terutamanya kepada orang-orang miskin,
anak-anak yatim dan mereka yang ditimpa musibah.

Firman Allah S.W.T:

“Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.”
– Surah al-Insaan: 8-9.

Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang begitu besar. Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya.

Sabda baginda s.a.w:

“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.”
– Hadis riwayat al-Tirmizi no: 735.

Pengalaman Solat Saf Pertama Masjid Nabawi....Suatu yang MESTI anda cuba!

Assalamualaikum para pembaca sekalian,

Ketika berada di Madinah, semakin hari semakin ramai jemaah yang sampai dari negara masing masing. Setiap kali berada di Masjid Nabawi, pasti suasananya berubah.. Jikalau semalam saya datang awal 30 min, hari ini saya mesti datang 35 min lagi awal... jika tidak.. tempat sudah penuh.. begitulah saban hari di masjid Nabawi... Jemaah dari seluruh dunia mula tiba untuk mengerjakan haji.. di anggarkan jumlah jemaah haji tahun in akan mencecah 2 juta orang.. Masyallah...


Menghampiri saf pertama di Masjid Nabawi amat jauh sekali.. setiap kali walaupun pergi ke masjid masjid seawal 30 min sebelum masuk waktu... saf pertama pasti penuh.. seolah-olah langsung tiada ruang... Di Malaysia pula... tidak pernah terniat untuk sentiasa berada di saf pertama... mesti saf yang belakang...

KITA biasa melihat jemaah yang memenuhi saf depan ketika bersolat jemaah di masjid atau di surau, kebanyakannya terdiri daripada golongan warga emas. Kalau ada anak muda sekali pun, maka ia boleh dihitung dengan jari.

Yang muda, yang gagah bertenaga dan belia remaja santai lebih selesa bersolat di barisan saf belakang. Tahukah kita bahawa beruntungnya jika kita bersolat di saf paling hadapan kerana kita akan didoakan oleh malaikat dan mendapat ganjaran pahala besar di sisi Allah SWT.


Kemudian Rasulullah SAW juga mengatakan bahawa jika manusia mengetahui fadilat bersolat di saf hadapan, nescaya mereka berebut-rebut untuk mendapatkan tempat. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian untuk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Jadi, seharusnyalah kita sebagai umat Islam bermotivasi untuk berada di saf depan ketika melaksanakan solat berjemaah. Sekarang marilah kita secara jujur meninjau keadaan di masjid dan surau ketika ini yang menunjukkan betapa ramai di kalangan kita sudah tidak menghiraukan akan pesanan Nabi kita agar mengambil peluang untuk berada di saf depan.

Sewaktu pertemuan dengan Prof Kamil di hotel, beliau sering bertanya... pernahkan tuan tuan sembahyang di saf pertama di masjid Nabawi.. seperti para sahabat Nabi? Ambil lah peluang ini untuk merasa pengalaman solat saf pertama seperti para sahabat...

Bayangkan tuan tuan... ada 2 juta jemaah..manakah mungkin dapat solat saf pertama? Keadaan sentiasa penuh...

Allah itu maha berkuasa dan maha mendengar... Suatu hari, saya pergi ke Masjid seawal 9 pagi untuk melawat makam baginda Rasullulah... Alhamdullilah, terdapat satu ruang di saf pertama! 4 jam awal!


Antara pengalaman hebat solat di saf pertama di Madinah:

  • Masa boleh digunakan untuk beriktikaf dan membaca Al Quran yang pahala 1000 kali lebih baik dari masjid lain kecuali masjidilharam
  • Tempoh lama masa menunggu untuk solat menjadikan anda sayang untuk meninggalkan tempat anda di saf pertama. Tidak pernah saya buat dan rasa pengalaman ini.
  • Jemaahnya dalam saf begitu rapat antara tumit dan bahu. Saya sering mendengar imam di malaysia apabila selalu mengingatkan jemaah untuk rapatkan bahu.. tetapi tidak pernah merasainya... berada di saf belakang di Masjid Nabawi pun tidak dapat merasainya.
  • Selesai sahaja solat, dapat melawat makam Nabi Muhammad SAW.. setiap hari... selepas solat.
  • Dapat melihat imam apabila di saf pertama.. bukan setakat mendengar bacaan nya...
  • Apabila pulang ke Malaysia, saya berasa syukur sangat kerana di Malaysia, amat mudah untuk berada di saf pertama! Begitu hebat sekali pendidikan yang Allah berikan kepada saya untuk merasai pengalaman ini... Subhanallah!

Dalam keadaan dewasa ini, kita terpaksa akui bahawa kebanyakan daripada kita sudah tidak mementingkan kelebihan berada di saf depan ketika menunaikan solat. Apa yang penting, asalkan solat berjemaah saja?

Marilah kita ghairah untuk merebut tempat di saf pertama setiap kali mendirikan solat berjemaah. Tanamkan azam yang mantap supaya kita tidak ketinggalan saf itu. Untuk menjayakan visi itu maka hendaklah kita segera ke masjid untuk solat berjemaah.

Shopping.. Shopping. Shopping.. Bin Dawood...

Assalamualaikum para pembaca sekalian,

Sepanjang berada di Madinah, begitu banyak barangan yang dijual sepanjang perjalanan dari masjid ke hotel. Kami masih ingat lagi, ketika menghadiri kursus Haji, penceramah sering mengingatkan supaya kita tidak leka dengan membeli belah apabila berada di sana... beliau selalu mengaitkan cerita tentang terdapat segelincir jemaah yang menghabiskan masa membeli barang daripada ingat kepada niat asal iaitu untuk beribadat kepada Allah.


Berdasaran pengalaman saya, membeli barangan di Madinah lebih banyak pilihan berbanding di Mekah... Barangannya tidak banyak category.. 

  •  Tasbih
  • Al Quran
  • Jubah
  • Sejadah
  • Tudung
  • Kain Ihram
  • Emas
  • Kurma
  • dan barangan kecilan lain seperti gelang, buah delima dll.
Terpaksa mengaku walaupun cuba tidak membeli banyak, tetapi apabila tiap tiap hari lalu di jalan yang sama dan penjual pandai tawar menawar, sedikit sebanyak terjebak lah juga dengan shopping di Madinah.


Sebenarnya banyak pilihan terutama jubah bagi wanita dan lelaki. Harganya jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Untuk jubah lelaki, anda boleh dapat serendah 25 riyal juga pandai menawar.. biasanya dalam lingkungan 60 -80 riyal..

Jubah menjadi suatu kepastian untuk dibeli kerana di sana suasananya berbeza,.. semua orang pakai jubah.. tiada baju melayu, kain pelikat, etc..


Hasilnya... 2 kotak penuh terpaksa di courier ke Malaysia... Alhamdullilah, semoga sedikit sebanyak mendapat kenangan ketika berada di sana... Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada tabung haji kerana menyediakan perkhidmatan courier seperti di dalam gambar. Ia amat meringankan beban jemaah dan kami boleh focus kepada ibadat.


Tip 10: Tips membeli barangan di Madinah dan cara elakkan kesesakan menggunakan khidmat courier service.


Solat Sunat Tahajjud... Solat Amalan Nabi....

Assalamuaikum para pembaca sekalian,



Salah satu ilmu yang diceritakan oleh proffessor Muhd Kamil Ibrahim adalah keajaiban solat tahajjud... iaitu solat malam...beliau sangat lalai ketika di Malaysia dan mengejar keduniaan semata-mata... namun Allah memberi dia suatu kelebihan... iaitu mudah untuk berjaga malam... pukul 2:30 am.. Prof Muhd Kamil pasti bangun untuk membaca dan membuat kerja...



Di Madinah, manusia sudah bangun seawal 1:30am untuk ke Masjid Nabawi bagi mengerjakan Qiamullai.. Antara kelebihan solat sunat Tahajjud:

Solat Tahajud merupakan salah satu solat malam yang memiliki banyak keutamaan, baik keutamaan untuk dunia maupun akhirat.

1. Dikabulkannya doa-doa kita

Dari Jabir radliyallahu’anhu, ia berkata, “aku mendengar Rasulullah sholallahu ‘alaihi wassalam bersabda : Sesungguhnya pada malam hari itu benar-benar ada saat yang seorang muslim dapat menepatinya untuk memohon kepada Allah suatu kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah akan memberikannya (mengabulkannya); dan itu setiap malam” (HR Muslim dan Ahmad)

2. Solat yang paling utama

Bersabda Rasulullah Sholallahu ‘alaihi wasaalam, “seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat sunnat di waktu malam (HR Muslim)

3. Allah menjanjikan surga bagi orang-orang yang melakukan qiyamul lail

Abdullah bin salam mengatakan, bahawa nabi Muhammad sholallahu ‘alaihi wa salam bersabda,

“Hai sekalian manusia, sebarluaskanlah salam dan berikanlah makanan serta solat malamlah di waktu manusia sedang tidur, supaya kamu masuk surga dengan selamat” (HR Tirmidzi)

4. Akan mendapatkan tempat yang terpuji

Pada malam hari, hendaklah engkau solat Tahajud sebagai tambahan bagi engkau. Mudah-mudahan Tuhan mengangkat engkau ke tempat yang terpuji (qs. Al Isra: 79)

Jika tuan tuan lihat betapa besarnya kelebihan mengerjakan solat tahajjud.. Insyallah, mari kita mulakan dan lakukannya secara istiqamah...

Cara niat solat Tahajjud:

" Sahaja aku solat sunat tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala"

Selepas memberi salam, bacalah doa berikut:

" Ya Allah, Bagi Mu kepujian, Engkau lah Cahaya di langit dan di bumi, bagi engkau kepujian, Engkau yang mendirikan langit dan bumi, bagi engkau kepujian, Engkau tuhan di langit dan di bumi, dan segala yang terkandung padanya, Engkau yang maha benar, dan janji engkau adalah benar, dan percakapan engkau adalah benar, dan bertemu engkau adalah benar, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar, dan hari kiamat adalah benar,

Ya Allah, kepadamu aku berserah,  dan dengan Mu aku beriman, dan kepada mu aku bertawakkal, dan kepadamu aku bertaubat, dan kepadamu aku mengadu, dan ke arah mu  aku menghakimi, ampuni lah dosa dosa ku,  ampunilah dosa dosa ku yang lampau dan kemudian, ampunilah dosa dosa yang aku tahun dan tidak tahu, dan apa yang dirahsiakan serta apa yang dizahirkan.

Engkau Tuhan ku, tiada tuhan melainkan Engkau"

Anda boleh lakukan solat tahajjud sekurang kurangnya 2 rakaat sehingga 12 rakaat.



More tips and stories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...