Sebelum saya meneruskan menceritakan pengalaman hebat ketika menunaikan Haji, kebetulan pula hari ini, Malaysia cuti menyambut peringatan Nabi kita, 12 Rabiul Awal , hari wafatnya Nabi dan Rasul yang membawa rahmat terhadap semua manusia.
Persoalannya yang selalu kita tanya adalah, bagaimana kita hendak menyambut hari peristiwa ini?
Adakah dengan berarak sambil berselawat yang selalu kita lihat... Sebenarnya, yang terbaik adalah .. jika kita sayang kepada Nabi Muhammad, kita mestilah istiqamah untuk mengikuti segala sunnah Baginda dan ajaran Al Quran.. Bukan hari ini sahaja... Setiap hari... Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberi kekuatan kepada tuan tuan dan saya sendiri...
Suatu pengalaman di Madinah ketika mengunjungi Raudhah, tempat yang istimewa di Masjid Nabawi... tempatnya tidak besar.. di tanda dengan carpet hijau...sentiasa penuh dengan jemaah yang berdoa dan menunaikan solat sunat.
Tips saya mudah, sentiasa berdoa kepada Allah semoga diberi peluang untuk bersolat di dalam Raudhah... bagi saya waktu yang paling seronok pergi adalah dalam pukul 2am atau masa bermula waktu Dhuha.. Insyallah dengan Izinnya, tuan diberi peluang untuk berada di Raudhah. Banyakkan bersabar...
7 Sunnah Harian Nabi Muhammad SAW:
1. Dirikanlah Solat Tahajjud
2. Bacalah Al Quran
3. Solat Berjamaah di Masjid
4. Dirikan lah Solat Dhuha
5. Perbanyakkan Sedekah
6. Menjaga Wuduk
7. Banyakkan Berzikir dan Beristighfar...
No comments:
Post a Comment