Bacaan Suci Al Quran

Kursus perdana Haji dan Kursus Intensif Haji

Masa berlalu begitu pantas dengan sibuk urusan dunia. Saya hanya sempat membaca perihal haji pada hujung minggu. Itu pun masa kelas haji pada setiap ahad. Imbas kembali, sesungguhnya, saya tidak berapa focus kerana anggapan masa masih panjang dan sempat lagi kalau nak study last minute.

Tiba tiba sekali lagi mendapat surat dari tabung haji yang menjemput jemaah yang terpilih untuk menghadiri kursus Intensif 2 hari di kolej ikip kuantan.

Kursus Asas Haji Bersiri.... Setiap Hujung Minggu

Assalamuailaikum para pembaca sekalian,

Setelah selesai pendaftaran Haji, sampai lagi satu surat dari Tabung Haji memberitahu tentang kursus Asas Haji bagi setiap Jemaah yang terpilih. Kursus Haji bermula seawal January 2013 sebanyak 16 siri sehingga bulan May 2013.

Pada pendapat saya, tabung haji merupakan syarikat yang terbaik dalam mengendalikan programme Jemaah Haji. Jika diamati, setiap tahun, kalau ikut quota Arab Saudi, lebih kurang 30,000 Jemaah akan mengikuti Kursus Asas ini seluruh Negara. Bayangkan commitment Ustaz dan Ustazah yang dipilih untuk membimbing kita semua. Bukan sehari dua, tiap tiap minggu , dalam kes saya, setiap hari Ahad di Masjid Sultan Ahmad Shah 1.

Saya dan isteri terpaksa membuat adjustment demi untuk menghadirkan diri di kursus ini. Bukan kita tak boleh baca buku sendiri, tetapi kursus percuma ini bukan datang selalu. Kita boleh bertanya kepada tenaga pengajar perkara perkara yang kita tidak faham. Golf hujung minggu ditinggalkan, pergi pasar tani pun terpaksa ditinggalkan demi mencari ilmu dan persediaan perjalanan Haji kami.

Berdasarkan pengalaman saya, jika saudara/saudari memilih untuk pergi dengan muassasah, ilmu ini amat penting. Jangan ambil mudah kerana di sana, Jemaah yang mengikuti muassasah adalah lebih kurang 20,000 hingga 25,000 orang. Ustaz tidak ramai.

Kita kena berdikari di sana. Ilmu yang diturunkan ketika kursus Asas Haji ini amat saya hargai dan banyak membantu kami berdua menjalankan ibadat haji dengan tenang. 

 


Pilihan Haji... Nak pergi Awal atau Lambat, Madinah atau Mekah dahulu?

Assalamuailaikum para pembaca sekalian,

Informasi dalam sekeping kertas Tabung Haji tidak menceritakan secara detail perjalanan Haji. Berapa hari, bila pergi dan pulang, berapa kosnya, dan soalan-soalan lain yang berkaitan. Yang pasti, kami kena pilih seperti berikut:

1. Penerbangan Awal/Pertengahan/Akhir
2. Madinah/ Mekah.
3. Terima Offer Haji atau ingin tolak/postpone.

Oleh kerana tiada pengalaman dan tidak ada banyak info sama ada di kedai buku atau internet, sumber rujukan kami hanyalah kepada 2:

1. Ibu Bapa kami yang telah mengerjakan Haji
2. Tabung Haji

"Nak gi bila ni, kita dah nak kena hantar jawapan?". Ayah saya kata, mana mana pun ok. Menerima jemputan dari Allah sudah merupakan satu nikmat, ramai lagi yang menunggu yang masih belum dapat.

Kami berdua memilih penerbangan pertengahan, ke Madinah dahulu. Logik saya simple.. Kalau pergi awal, tak sempat nak prepare barang and kelam kabut, kalau pergi mekah dahulu, kita ni banyak dosa, silap haribulan, kena balasan terus. Masyallah, ceteknya ilmu dan pemikiran saya.

Imbas kembali, sekiranya kami diberi pilihan yang ke 2, kami pasti akan memilih pilihan yang sama. Cuma logiknya berbeza setelah melihat keadaan sebenar di sana.

"Ok Encik, pendaftaran diterima, Isteri encik ok, cuma encik tak cukup simpanan"..."Kami tak boleh nak proses pendaftaran Encik"

Subhannallah, tidak terlintas langsung di hati saya yang simpanan saya tidak cukup kerana saya yakin, tabung haji pasti hanya akan memilih jemaah yang cukup simpanannya. Saya bertanya, bagaimana saya terpilih sedangkan simpanan saya masih belum mencukupi?

" Tengok nasib tuan, kadang kadang ada juga kes macam ni"

 Saya masih lagi ingat ketika kursus Haji di Malaysia, antara mukadimah pembuka kata seorang pegawai tabung Haji.

" Tahniah tuan/puan sekalian kerana dipilih menjadi tetamu Allah kali ini. Anda dipilih bukan kerana Tabung Haji. Kami hanyalah asbabnya sahaja. Allah telah menjemput tuan/puan ke rumah AgungNya, maka oleh itu, belajarlah bersungguh sungguh ilmu yang akan diturunkan. Semoga anda semua mendapat Haji yang Mabrur"

Tip No 3: Kelebihan pergi Mekah dahulu atau Madinah?


Kami tetamu Allah... Kami tetamu Allah... Kami tetamu Allah...

Assalamuailaikum para pembaca yang dihormati,

Hari ini bermula lah tahun baru dalam Islam. 1 Muharram 1435H. Nabi kita, Muhammad SAW telah meninggal kita lebih dari 1000 tahun dan kita mesti berpegang teguh kepada Al-Quran and Sunnah nya. Kata kata ini masih teringat segar di dalam ingatan saya ketika mendengar Khutbah Arafah pada 9 ZulHijjah 1434H yang dibacakan oleh Ustaz Maktab 97 kami ketika di Arafah. Marilah kita berazam untuk berubah ke arah kebaikan dan penuhi lah hidup kita dengan lebih bermakna dan dekatkan diri kepada Allah SWT.

Ya Allah,

Kami masih ingat pada awal bulan January 2013. Rakan rakan sepejabat mula sibuk bertanya kan , " Dah dapat surat ke belum?.... Kami tidak berasa apa apa kerana kami yakin sudah pasti kami akan pergi pada tahun 2018.. masih banyak masa. So rilex sahaja... Namun di sudut hati, alangkah untungnya jika dapat pergi awal, umur masih muda dan bertenaga. Pengalaman mengerjakan umrah pada tahun 2009 masih segar dalam ingatan. Lagi pun kalau pergi sekarang, siapa pula hendak menjaga sekecil Irfan yang baru sahaja 5 bulan....

Tanggal 16 January 2013, ketika pulang dari kerja dan memeriksa mailbox, ada 2 keping surat Tabung Haji... "Tidak Mungkin" hati saya berdetik...

" Yang, kita pergi Haji yang"... "Yang, Yang... KITA PERGI HAJI YANG!"... Masyallah.... surat jemputan dari Allah sudah sampai di tangan ku... Kami berdua seolah-olah tidak percaya...

" Saudara terpilih untuk menunaikan Haji musim 1434H. Sila hantarkan jawapan sebelum 31 january 2013 ke cawangan tabung haji yang berdekatan"

Tip no 2: Pergi tunaikan Haji ketika masih Muda...


Bang.. Jom Daftar Haji...tahun 2006..

Assalamuailaikum para pembaca yang dihormati,

Daftar lah haji dengan tabung haji. Ketika usia muda dan remaja, haji tidak pernah terfikir di fikiran saya walaupun saya tahu haji merupakan rukun yang kelima yang wajib atas setiap individual yang mampu. Saya ada buku account tabung haji, tetapi tidak pernah mendaftar untuk menunaikan haji. Alasannya mudah, tunggu cukup dululah, baru daftar.

Ketika itu juga, saya mempunyai banyak buku account yang lain seperti ASB, Maybank Conventional Account, Saham tanpa mengira kaunter halal atau haram, dan sebagainya sambil menikmati riba dan keuntungan daripadanya.

Setelah mendirikan rumah tangga pada tahun 2003, kami berdua terlalu sibuk dengan urusan duniawi sehingga salah seorang sahabat kami menceritakan kenangan manisnya ketika menunaikan haji. Beliau berubah character menjadi seorang insan yang semakin baik dan seimbang dari duniawi dan juga keperluan akhiratnya.

"Encik, kalau ikut giliran, encik insyallah akan pergi Haji tahun 2018"... pergggh... ini baru 2006... lupakan la kalau boleh pergi haji...itu pun kalau masih hidup..

Para pembaca sekalian,

Untuk Haji kita diterima oleh Allah, sumber kita mesti bersih dari riba dan halal. Saya bersyukur kepada Allah  kerana memberi kekuatan kepada isteri saya. Beliau banyak menyedarkan saya bahawa duit bukan segala- galanya. Semua account ASD, ASB, dll, saya tutup dan simpanan saya seterusnya saya salurkan kesemuanya ke TH. Saya sentiasa berdoa agar perbelanjaan haji saya pada tahun ini adalah yang sebaik-baiknya dan halal. Insyallah.

** Daftar dengan segera** Pastikan besok juga anda daftar di tabung Haji!





Syukur Alhamdullilah... Selesai Haji 1434 H.

Assalamualaikum para pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

Anda dipertemukan sekali lagi di blog saya yang mana, di blog ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika menunaikan ibadat haji pada tahun ini, 2013, bersamaan 1434H.

Kenapa saya membuat keputusan ini adalah untuk berkongsi dengan rakan rakan sekalian yang belum menunaikan haji yang ingin menunaikan haji dengan pakej Muasasah. Pakej Muasasah ini adalah pakej paling murah yang ada di malaysia di bawah naungan Tabung Haji.

Kita banyak mendengar tenrang kesusahan apabila pergi menunaikan haji dengan pakej muasasah berbanding dengan pakej yang lain. Jika difikirkan secara logic, pakej ini menelan belanja sebanyak RM9540 berbanding dengan pakej swasta yang bermula dengan minimum RM 25,000 seorang.

Alhamdullilah, dengan izin Allah, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mencatat sejarah perjalanan haji saya. Semoga yang baik dapat tuan/puan ambil dan amalkan sementara yang buruk, kita jadikan sempadan. Insyallah.

Ikutilah perjalanan travelog Haji saya.

More tips and stories

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...